Thursday, April 30, 2009

Senarai exco dan ketua Pemuda Umno negeri



Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengumumkan pelantikan exco pergerakan tersebut dan ketua Pemuda Umno negeri sesi 2008-2011.
Pelantikan itu diumumkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausa pergerakan itu, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.
Beliau berharap pelantikan tersebut dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli Pemuda Umno.

Mereka, katanya, diharap dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi mengembalikan sokongan orang Melayu, khususnya golongan muda kepada Umno dan BN.

Anis adalah ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor, Abdul Razak (ketua Pemuda Kota Melaka), Khairul Azwan (ketua Pemuda Pasir Salak), Badrol Hisham (ketua Pemuda Kuala Terengganu), dan Mohd Faizal (ketua Pemuda Teluk Kemang).

Bagi ketua Pemuda Negeri pula, Mohsin adalah ketua Pemuda Padang Besar, Badrol Hisham (ketua Pemuda Padang Terap), Norman (ketua Pemuda Bayan Baru), Maslin (ketua Pemuda Kuala Kangsar), Suhaimi (ketua Pemuda Sepang), Rizalman (ketua Pemuda Bandar Tun Razak), Mohd Helmy (ketua Pemuda Rasah), Karim (ketua Pemuda Bukit Katil), Mohd Fadil (ketua Pemuda Air Hitam), Abu Jimi (ketua Pemuda Lipis), Saiful Bahri (ketua Pemuda Marang), Anuar (ketua Pemuda Kubang Kerian) dan Azman (ketua Pemuda Keningau).

Tuesday, April 28, 2009

Jangan Letak Syarat : Pemuda Sedia Bincang Kerajaan Perpaduan BN - Pas

Pemuda UMNO sedia mengadakan perbincangan mengenai kerjasama kerajaan perpaduan di antara Barisan Nasional (BN) dengan Pas asalkan parti itu tidak meletakkan syarat.

Sambil menyambut baik hasrat itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berkata pihaknya sedia bertindak secara proaktif untuk berbincang sekiranya Pas jujur dan ikhlas.
 
Tegasnya kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menolak kerajaan campuran dengan BN adalah titik tolak penting untuk parti itu dengan BN. 

"Perbincangan itu perlu diadakan tanpa syarat seperti kemahuan Nik Abdul Aziz yang mahu Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan diserah kepada Pas.


"Jika Pas ikhlas membentuk kerajaan campuran, jangan letak syarat," katanya di sini, Selasa.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Aziz yang bersedia menerima kerajaan perpaduan seperti dicadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Hj Hadi Awang.


Namun kesediaan Nik Aziz itu bersyarat di mana BN mesti menyerahkan dua kementerian penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran kepada Pas jika ingin menawarkan kerajaan campuran. 


Perkara itu dinyatakan anak lelaki Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, dalam blognya yang menafikan bapanya tidak bersifat terbuka dalam soal kerajaan campuran atau perpaduan. 


Khairy seterusnya berkata Pemuda ingin menjemput Pas mengadakan perbincangan dengan BN mengenai soal itu tanpa syarat ditetapkan. 


"Melalui perbincangan ini, BN dan Pas boleh menentukan formula perkongsian kuasa yang diperlukan", ujarnya.

Monday, April 27, 2009

Pemuda Diminta Libatkan Diri Dengan NGO Bukan Sekadar Jadi Ahli Parti

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata ahli pergerakan itu tidak boleh sekadar menjadi ahli parti semata-mata sebaliknya perlu membabitkan diri di dalam pelbagai pertubuhan khususnya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). 

Jelasnya dengan cara ini ahli Pemuda akan terdedah dengan masyarakat sekaligus membolehkan mereka memahami sebarang tuntutan yang diinginkan penduduk di sesebuah kawasan. 

"Mereka (ahli Pemuda) perlu sertai aktiviti sampingan bagi mendekatkan diri mereka dengan masyarakat dan tidak hanya berada dalam kelompok sendiri. Ini akan memberian mereka nilai tambah. 

"Pada masa yang sama kita juga bersikap terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana jua NGO dalam sebarang aktiviti yang dijalankan", katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan perasmian penutup program Perhimpunan Pemotoran Generasi Belia Benci Dadah anjuran Pemuda UMNO Pekan dan Pekan Pahang Motorsports Club (PPMC) di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Ahad Petang. 

Tambah beliau lagi program yang dianjurkan Pemuda Pekan dan PPMC ini adalah salah satu contoh kerjasama baik antara Pemuda dengan NGO dalam usaha memastikan anak-anak muda dihindari dari terjebak dengan aktiviti-aktivit tidak sihat. 

Justeru katanya Pemuda akan membincangkan kaedah yang sesuai bagi membolehkan pergerakan itu dapat bekerjasama dengan NGO yang aktif bagi menampung keperluan yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan. 

"Pada masa ini, Pemuda memang terbabit dalam aktiviti sampingan seperti itu tetapi ia tidak khusus kepada NGO tertentu. 

"Kita membincangkan kaedah yang sesuai bagi membolehkan pergerakan ini memberi bantuan dalam bentuk yang lebih tersusun kepada individu atau golongan yang memerlukan", katanya. 

Sebelum itu pada majlis berasingan di East Coast Mall Kuantan, beliau turut melawat Kempen Hari Kesedaran Awam untuk Kanak-Kanak Autisme anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kanak-Kanak Autisme Kuantan. 

Selain mengumpulkan dana persatuan terbabit mengadakan pameran dan jualan hasil kraftangan kanak-kanak autisme dan barangan cenderahati daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kanak-Kanak Autisme. 

Turut hadir Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuantan, Mohamad Suffian Awang yang juga Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kanak-Kanak Autisme Kuantan dan Ketua Pemuda UMNO Pekan, Mohamad Jeffree Wahab. 

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda akan menganjurkan kursus berkaitan kepemimpinan, disiplin dan jati diri bagi menilai kembali keberkesanan penubuhan biro di bawah pergerakan itu. 

"Kita akan mengadakan sesi percambahan minda bagi melihat bagaimana Pemuda boleh membantu dengan membuat penilaian mengikut kes kerana masalah yang dihadapi di setiap negeri adalah berbeza serta memerlukan pendekatan berbeza," katanya. 

Beliau berharap melalui pembabitan secara tersusun, Pemuda bukan saja mempunyai pengetahuan mengenai golongan yang memerlukan tetapi dapat menjalankan tanggungjawab secara lebih bersemangat.
sumber: web Pemuda UMNO Malaysia

KetuaPemuda: Khairy : Semua Ketua Pemuda Negeri Bakal Diterajui Muka Baru

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata barisan kepimpinan Pemuda UMNO setiap negeri yang bakal diumumkan minggu depan adalah terdiri di kalangan muka baru. 

Jelasnya pelantikan muka baru bagi menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri itu dibuat berikutan semua penyandang jawatan berkenaan sudah tidak layak disebabkan ada kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun. 

"Kita akan membuat pengumuman itu selepas semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bersetuju dan merestui nama yang akan dicadangkan. 

"Saya perlu mendapatkan pandangan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum mengumumkan senarai ketua Pemuda negeri", katanya. 

Tambah beliau lagi memandangkan ada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri baru diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak maka kepemimpinan baru Pemuda itu hanya dapat diumumkan minggu depan. 

"Pelantikan muka baru ini adalah seiring dengan perubahan dalam Umno dengan memilih kalangan pemimpin yang berwibawa dan mampu memperkasakan lagi sayap kanan parti ini," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Gotong Royong Perdana di Kampung Paroi Senawang, di sini Sabtu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lepas, lapan Badan Perhubungan UMNO negeri mendapat Pengerusi baru dengan Datuk Seri Najib Razak mengetuai Selangor, manakala Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui Wilayah Persekutuan. 

Najib sebelum ini mengetuai Badan Perhubungan Umno Perak, tetapi melepaskan jawatan itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir, bagi mengambil alih kepemimpinan Badan Perhubungan Selangor menggantikan Muhammad yang kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti, bulan lalu. 

Muhyiddin pula menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, manakala tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing mengetuai Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu. 

Ahmad Zahid menggantikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, manakala Shafie (bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid) dan Hishammuddin (Menteri Besar, Datuk Ahmad Said). 

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu mengambil alih kepemimpinan UMNO negeri itu daripada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, manakala Datuk Mustapa Mohamed yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan anggota MT, bulan lalu, kini mengetuai UMNO Kelantan menggantikan Tan Sri Annuar Musa. 

Lima lagi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri - Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang dikekalkan.
Sumber: web Pemuda UMNO Malaysia

Tuesday, April 21, 2009

Agenda Melayu VS Satu Malaysia

sumber: web Pemuda UMNO Malaysia
oleh:Kamarulzaman Kamdias 

Masih hangat tentang isu berkaitan kabinet baru dan pelupusan MECD. Apa pun yang ada dalam benak pemikiran PM rasional di sebalik pelupusan ini, pastinya bukan untuk menghapuskan agenda melayu dan bumiputera. Pendekatan perlaksanaannya yang barangkali bakal mengalami perubahan. 

Penulis yakin, agenda Melayu di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus dijayakan, tetapi semestinya akan disesuaikan dengan pendekatan konsep Satu Malaysia yang bakal diperincikan. 

"Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional". 

Konotasi ‘Agenda Melayu’ hari ini sudah terlalu terdedah kepada serangan sinis dari pelbagai pihak termasuk sebahagian dari Melayu yang menganggap apa saja, asal datangnya dari pihak pemerintah ‘tidak relevan’ dan apa saja yang mereka bawa paling ‘up-to-date’. 

Konotasi ‘Agenda Melayu’ sudah meninggalkan stigma yang secara tidak langsung akan membentuk tembok persepsi yang menyebabkan terhalangnya pembinaan konsep Satu Malaysia. 

Orang Melayu tidak boleh lagi mengamalkan konsep ‘bertegang urat’ mempertahankan satu-satu konotasi yang melambangkan maruah dan kebanggaan orang Melayu, sehingga pengisian sebenar ke arah pencapaian agenda Melayu akhirnya hanyut begitu saja. 

"Hanya disebabkan tidak sependapat dalam menentukan nama anak yang baru dilahirkan, anak tersebut akhirnya membesar tanpa ‘surat beranak’ dan telah menjejaskan seluruh masa depan mereka". 

NGO atau pertubuhan melayu mempunyai berkebolehan luar biasa dalam hal-ehwal ‘bertegang urat’ tapi kosong dalam keupayaan untuk mengisi agenda Melayu yang telah tersedia diperuntukkan dalam perlembagaan sejak merdeka. 

Hari ini, orang Melayu harus bertindak dan berusaha meletakkan diri mereka sebagai ‘beneficiaries’ sebenar kepada maksud tersirat agenda melayu yang bakal diterjemahkan melalui konsep Satu Malaysia. 

Janganlah bising-bising…!! 

Orang Melayu ni pun satu hal. Ada rumah banglo dan jadi tuan tanah gedaung, tapi bagi tau satu alam di mana tempat simpan harta, bagi tau kod kunci rahsia pada umum. 

Akhirnya segala tok nenek pencuri dan penyamun senang-senang boleh masuk dan samun semua harta milik kita. 

Ada juga kalangan orang Melayu sendiri yang memberi ‘kunci pendua’ keselamatan dan kedaulatan bangsa kepada bukan Melayu. Apa saja yang orang Melayu dan kerajaan lakukan untuk memenuhi agenda Melayu semuanya kena ‘intercept’. 

Akhirnya agenda Melayu tersadai di tengah jalan dan ‘penyek-penyek’ dilanggar oleh kenderaan ‘multi-excel’ bukan Melayu.

Perhimpunan agung khas Umno 13 Oktober

Perhimpunan agung Umno 2009 akan berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober depan - khas untuk membincangkan pindaan perlembagaan Umno bagi membolehkan ahli memilih kepimpinan tertinggi parti secara serentak di 191 bahagian.

Pindaan tersebut merupakan janji Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam ucapan sulung sebagai presiden Umno pada 28 Mac lalu.

Pada masa ini, pemilihan Umno dibuat oleh kira-kira 2,500 perwakilan Umno, iaitu 13 orang dari setiap bahagian Umno dari seluruh negara. 

Menurut Umno online, Umno kini mempunyai lebih 3 juta ahli. Selepas pindaan tersbut, ahli UMNO akan mengundi memilih pemimpin secara serentak di semua bahagian.

Perhimpunan khas itu juga akan mengkaji semula kuota pencalonan bagi jawatan tertinggi parti.

Pada masa ini, calon bagi jawatan presiden memerlukan 30 peratus atau 59 pencalonan, timbalan presiden (20% atau 39 pencalonan), naib presiden (10% atau 20 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5% atau 11 pencalonan).

Sehubungan itu, ibupejabat Umno telah mengeluarkan pekeliling pada 15 April lalu, memaklumkan bahawa persidangan tahunan Umno di peringkat cawangan bagi 2009 akan bermula pada 15 Mei hingga 30 Jun depan.

Manakala bagi persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri di peringkat cawangan juga akan diadakan pada tarikh yang sama.

Persidangan tahunan peringkat bahagian, termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri, ditetapkan pada 16 Julai sehingga 16 Ogos depan.

Saturday, April 11, 2009

Khairy akui program Pemuda Umno 'syok sendiri'


Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'.

"Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN," katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi.

Walaupun hujan lebat, majlis tersebut mendapat sambutan hebat dengan dihadiri kira-kira 500 ahli Pemuda Umno bahagian Selayang.

Selain Khairy, hadir sama ialah Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan bebaterapa exco pergerakan itu.

Sehubungan itu, Khairy berkata, fokus utama pergerakan itu untuk memperkuatkan parti ialah dengan mendekati golongan muda dan yang tidak berparti.

"Jadi kita kena keluar dari kepompong untuk menemui mereka yang selama ini tidak bersama dengan kita. 

"Kerana dalam pilihanraya umum saluran anak muda iaitu saluran empat, lima dan enam tidak mengundi BN," katanya. 

Khairy berkata, beliau akan mewujudkan satu hal ehwal khas untuk orang muda terutama di Lembah Kelang. 

Katanya, jawatankuasa itu akan memberi perhatian terhadap ekonomi, jenayah, perumahan, penjaja kecil dan keselamatan mereka.

"Kepada rakyat yang terpinggir, yang tidak ada masa depan sebagai pelanggan utama kita," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata, beliau akan melantik ketua Pemuda Umno negeri tidak berapa lama lagi.

"Minggu depan saya akan melantik setiausaha, bendahari dan ketua penerangan Pemuda Umno sebelum pelantikan ketua Pemuda negeri dibuat," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau berkata pelantikan naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Mukhriz Mahathir dalam kabinet sebagai satu pengiktirafan kepada Pemuda Umno.

Mukriz yang mencabarnya bagi jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarangbangsa dan industri, manakala Razali dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Program pertama

Ditanya mengenai dirinya yang tidak dilantik dalam kabinet, Khairy berkata: "Kalau semua pemimpin berada dalam kerajaan, siapa yang hendak jaga parti.

"Saya meminta ahli Pemuda menerimanya dan jangan membuat spekulasi dan cerita yang bukan-bukan,"katanya.

Khairy juga mengulangi bahawa beliau tidak dipilih menganggotai kabinet kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan beliau memimpin pergerakan Pemuda sepenuh masa.

Katanya, ini pendekatan yang baik kerana bukan semua pemimpin perlu berada dalam kerajaan.

Khairy sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak kecewa kerana tidak dipilih dalam kabinet Najib walaupun memenangi jawatan ketua Pemuda Umno.

Difahamkan program anjuran Pemuda Umno bahagian Selayang itu merupakan yang pertama selepas Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno akhir bulan lalu.

Dalam ucapannya juga, Khairy menjelaskan bahawa Najib telah memanggilnya Rabu lalu untuk memintanya memberi tumpuan khas kepada usaha meningkatkan sokongan kepada parti dan BN. 

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana memberi kepercayaan kepadanya.
"Sayaakan bekerja keras untuk kebaikan parti. Saya buat ikrar depan presiden bahawa Pemuda akan bersama saya.

"Bukan mudah hendak menawan pengundi muda dan pengundi atas pagar. Kita kena buktikan Umno boleh memimpin bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India.
"Bukan setakat jaga ahli parti (Umno) tetapi juga yang tidak berparti dan pengundi atas pagar," katanya.

Dr M: Ekonomi dunia kian tenat


Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

"Malaysia tetap akan terkena kesan ekonomi dunia sebab kita negara perdagangan dan ekonomi kita bergantung kepada eksport. Sekiranya rakan dagang kita menghadapi masalah ekonomi, eksport akan terjejas," katanya semasa berucap di majlis Malam Anugerah Keusahawanan Dewan Perniagaan Melayu 
Malaysia Kuala Lumpur.

Beliau berkata Malaysia tidak boleh mendabik dada yang ia tidak mengalami kesan seteruk negara lain, lapor Bernama

"Jika mereka miskin, kita juga miskin," katanya, sambil mengingatkan para hadirin tentang pergantungan Malaysia terhadap negara lain.

Bagi menghadapi masalah ekonomi sekarang, beliau berkata Malaysia boleh menggunakan kaedah yang sama seperti ketika krisis kewangan 1997.

Pada masa itu, semua maklumat dan data dikaji dengan teliti dan dilihat perubahannya setiap hari, dan cara yang terbaik dipilih untuk mengatasinya.

'Belum pulih'

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan leka kerana negara sebenarnya belum pulih dari krisis kewangan 1997.

Untuk pulih dari krisis ekonomi, katanya akan mengambil masa yang lama.

"Kita belum betul-betul pulih dari krisis 1997 walaupun sesudah 10 tahun," katanya, yang merujuk kepada nilai ringgit yang sekarang berada pada sekitar RM3.60 untuk setiap dolar AS berbanding dengan RM2.50 pada sebelum krisis 1997.

"Demikianlah. Walau pun sesudah lebih 10 tahun, keadaan (nilai) ringgit masih belum kembali seperti keadaan sebelum serangan mata wang 1997," katanya.

Beliau menjangka negara barat seperti Amerika Syarikat juga tidak akan pulih walaupun (untuk) 10 tahun akan datang.

Beliau berkata pendapatan per kapita mereka yang tinggi bukan menggambarkan keadaan yang sebenar dan merupakan penipuan besar-besaran oleh peniaga matawang mereka.

Masa KJ terhad jika anggotai kabinet...

Seorang orang kuat Khairy Jamaluddin menyifatkan tugas memperkasakan pergerakan Pemuda Umno adalah lebih penting kepada ahli parlimen Rembau itu, daripada memegang jawatan kabinet.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata, harapan ahli Umno lebih besar kepada Pemuda berbanding Wanita dan Puteri.

Oleh itu, katanya, Khairy memerlukan tumpuan sepenuh masa untuk memperkasakan Pemuda Umno.

"Jika Khairy menjadi menteri atau timbalan menteri, masa untuk memperkasakan pergerakan tersebut terhad.

"Ini kerana seseorang menteri dan timbalan menteri mempunyai tugas harian yang sibuk," katanya.

Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika diminta mengulas ketiadaan ketua Pemuda Umno dalam senarai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah kepada Khairy dalam merebut jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Manakala, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai timbalan menteri kemajuan luar bandar.

Elak tanggapan negatif

Abdul Rahman berkata, pelantikan Mukhriz dan Razali menunjukkan Pemuda tidak hilang semua dalam kabinet Najib.

"Tetapi saya berharap semua pihak kena duduk bersama secara serius untuk membantu memulihkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, kuasa melantik menteri adalah hak mutlak perdana menteri.

Katanya, bukan perkara baru jika ketua Pemuda tidak dilantik dalam kabinet.

Menurutnya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pernah tidak dilantik dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata beliau, naib ketua Pemuda Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilantik sebagai timbalan menteri.

"Saya berharap Pemuda bersikap rasional dan jangan ada anggapan negatif yang boleh memecahbelahkan perpaduan pergerakan itu.

"Barangkali ada suara-suara sumbang apabila Khairy tidak ada dalam kabinet tetapi ia perlu dilihat dari sudut yang positif," katanya.

Thursday, April 9, 2009

Khairy: Saya tidak kecewa


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika dihubungi malaysiakini, ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

"Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti. 

"Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno itu kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut.

Menurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya, Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.

Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.

Khairy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mantan perdana menteri ada campurtangan dalam pelantikan anggota kabinet baru itu.

Senarai penuh anggota kabinet

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:  

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak 
   
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 

Tan Sri Muhyiddin Yassin 

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
   
Timbalan-timbalan Menteri:
   
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim 
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah
   
MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak
 
 
MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
   
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
   
MENTERI PELAJARAN: 
Tan Sri Muhyiddin Yassin
   
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
   
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
   
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri 
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
 
 
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok
   
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
   
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
   
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
   
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
   
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
   
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
   
Timbalan:
Noriah Kasnon
   
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal
   
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
   
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
   
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
   
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
   
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: 
Datuk Dr Maximus Ongkili 
   
Timbalan:
 Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas 
   
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
   
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
   
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
   
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
   
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
   
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
   
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad 
   
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
   
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng 
   
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
   
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
   
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
   
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
   
MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam
   
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan 
   
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob
 
 
Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe
   
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
   
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
   
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil 
   
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
   
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
   
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
   
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
   
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan. 

Seperti yang diramalkan, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran).

Friday, April 3, 2009

PM umum bebas 13 tahanan ISA, batal larangan ke atas akhbar PAS, PKR


Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua pemimpin Hindraf, turut dibebaskan. 

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun beliau tidak menyebut secara khusus nama dua akhbar terbabit, tetapi sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akhbar PAS dan PKR itu telah digantung sementara penerbitannya sejak 23 Mac lalu. 

Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang secara rasmi mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong jam 10.10 pagi tadi, membuat kenyataan sulung itu ke seluruh negara di TV1 malam ini. 

"Kementerian Dalam Negeri akan memberi butir-butir selanjutnya selepas ini," tambahnya. 

Dalam ucapan lapan minit itu, Najib juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.

"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.

Pengumuman Najib itu dilihat selari dengan desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya perdana menteri baru itu bertindak lebih demokratik termasuk menarik larangan ke atas dua penerbitan berkenaan dan membebaskan tahanan ISA.

Mereka yang akan dibebaskan ialah dua pemimpin Hindraf, tiga rakyat asing dan lapan anggota Darul Islamiyah.

Dua pemimpin Hindraf tersebut ialah peguam V Ganabatirau, 40, dan R Kenghadharan, 40.  

Mereka adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan hampir dua tahun. Tiga orang lagi ialah peguam M Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36. 

Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A.Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006. Tempoh tahanan mereka sepatutnnya berakhir tahun depan. 
   
Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.  
   
Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003. Tempoh tahanan beliau sepatutnya berakhir pada 2011.  

Menurut Menteri Kementerian Dalam Negeri, mereka ini dibebaskan kerana tidak lagi dianggap sebagai ancaman kepada negara.

Dalam ucapan itu juga Najib berkata, sudah tepat masanya mengambil langkah-langkah sedemikian untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib atas soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah. 

Pengumuman mengejut penarikan semula penggantungan akhbar PAS dan PKR itu dan pembebasan tahanan ISA itu, dijangka memberi kesan besar ke atas tiga pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Perak, Kedah dan Sarawak. 

Tabloid dwimingguan Harakah dan mingguan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac - tindakan yang dianggap cuba menghalang keberkesanan kempen dua parti itu dalam pilihanraya di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai. 

Najib juga berkata, beliau menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga. 

"Saya komited, kepimpinan akan berdiri kukuh untuk menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia, termasuk negara kita. 

"Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia. 

"Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat 'satu Malaysia' - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

Najib dengan rasmi PM ke-6


Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini.

Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan.

Stesen RTM akan menyiarkan secara langsung istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah rahsia Najib sebagai perdana menteri walaupun kesemua 81 ahli parlimen pembangkang membantahnya.

Mereka memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan ahli parlimen Pekan itu daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene. 

Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum lalu.

Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah. 

Ceburi politik

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England. 

Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.

Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976. 

Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.

Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun. Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. 

Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.

Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.

Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan. 

Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004. 

Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.

Selepas menunaikan solat Jumaat tengahari tadi, Najib menziarahi makam ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua di Makam Pahlawan di Masjid Negara.

Najib, ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bondanya Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah, keempat-empat adiknya Ahmad Johari, Mohamad Nizam, Mohamad Nazim dan Mohamad Nazir serta kaum keluarganya.

Mereka meluangkan masa hampir sejam menziarahi pusara ayahandanya.
 
Serah tugas 

Sementara itu, Abdullah menyerahkan tugas perdana menteri kepada Najib di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.
   
Upacara penyerahan tugas itu berlangsung di tingkat lima, Pejabat Perdana Menteri pada jam 4.50 petang.
   
Dalam upacara itu, Abdullah menyerahkan fail meja YAB Perdana Menteri berwarna biru sebagai tanda penyerahan tugas dan tanggungjawab kepada Najib, sambil disaksikan leh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Upacara itu juga menandakan lengkapnya proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib secara tersusun dan berjalan dengan lancar, mengekalkan tradisi peralihan kuasa negara dari dahulu hingga sekarang.

Thursday, April 2, 2009

Najib dengan rasmi PM ke-6



Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini.

Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan.

Stesen RTM akan menyiarkan secara langsung istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah rahsia Najib sebagai perdana menteri walaupun kesemua 81 ahli parlimen pembangkang membantahnya.

Mereka memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan ahli parlimen Pekan itu daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene. 

Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum lalu.

Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah. 

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England. 

Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.

Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976. 

Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.

Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun. Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan. 

Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.

Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.

Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan. 

Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004. 

Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.

Serah kuasa: PM, Najib jumpa Agong


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mengikut pelan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Abdullah tiba di Istana Negara pada jam 10 pagi untuk menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka dilihat tiba di istana 10 minit lebih awal. Pada jam 10.50 pagi, Abdullah masih berada di dalam Istana Negara.

Seorang pegawai kerajaan berkata Abdullah "akan memaklumkan kepada Seri Paduka hasratnya untuk meletakkan jawatan serta memaklum bahawa Najib sudah bersedia untuk memegang jawatan perdana menteri".

"Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu.
   
Sebelum itu, Abdullah tiba dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi.
   
Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ. 

Najib sebelum ini memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengangkat sumpah bagi memenuhi pelan penyerahan kuasa ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Abdullah pula akan menghadiri satu majlis di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, dipercayai majlis perpisahan untuknya pada jam 3 petang ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib pula tiba di Istana Negara untuk menghadap Seri Paduka kira-kira setengah jam selepas Abdullah meninggalkan istana.  

Selepas mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka kira-kira 45 minit, Najib meninggalkan istana tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita mengenai pertemuan empat mata mereka. 

"Terima kasih," katanya sambil tersenyum meninggalkan perkarangan istana dengan menaiki kenderaan Proton Perdana bernombor WRP 11 kira-kira 12.15 tengah hari, sambil melambai-lambai ke arah media.  

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan semalam berkata Yang di-Pertuan Agong perkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Najib sebagai perdana menteri diadakan pada 10 pagi esok di Istana Negara. 



PM hadiri jamuan perpisahan di JPM


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengadakan jamuan majlis perpisahan untuk kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Kira-kira 100 kakitangan dari tingkat satu hingga tingkat lima bangunan JPM menghadiri jamuan tersebut.

Abdullah dan isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah tiba di dewan jamuan kira-kira jam 1.15 tengahari dan menerima tepukan kakitangan berkenaan.

Hadir sama ialah penasihat agama Abdullah, Datuk Abdullah Mohd Zain yang turut membacakan doa selamat di majlis tersebut.

Berucap di majlis tersebut, Abdullah berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan JPM yang bekerja sepanjang beliau menjadi perdana menteri.

"Saya bagi pihak Jeanne dan Datin Seri Endon Abdullah mengucapkan terima kasih kepada kakitangan.

"Kalau ada apa-apa salah dan silap, saya memohon maaf.

"Saya juga mengucapkan selamat jalan kepada kakitangan yang sudah habis bekerja," katanya.

Kepada kakitangan lain, Abdullah mahu mereka bekerja dengan cekap, bersungguh-sungguh dan cekap.

Perdana menteri dijadualkan mengadakan majlis perpisahan dengan kakitangan Kementerian Pertahanan petang ini.

Beliau dijadual menyerahkan tugas sebagai perdana menteri kepada penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak esok.