Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan akan mengambil inisiatif untuk mendekati hampir 200,000 belia Kelantan yang telah berhijrah ke negeri lain sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, pendekatan tersebut perlu dilakukan secara bersepadu dan terancang bagi mendekatkan anak Kelantan kepada parti itu.
''Pemuda tidak mahu mengambil sikap untuk mendekati golongan itu pada saat akhir menjelang pilihan raya umum kerana kesannya tidak memberangsangkan.
''Menerusi Sekretariat Pemuda UMNO, pelbagai kaedah akan dilaksanakan untuk mendekati golongan sasar dengan melakukan gerak kerja yang terancang sebelum pilihan raya umum,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan di sini hari ini.
Sempena mesyuarat itu penyerahan tugas secara rasmi kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri bagi sesi 2008-2011 Anuar Safian oleh bekas penyandangnya Dali Husin.
Khairy menambah, usaha itu perlu digerakkan kerana golongan tersebut antara yang akan menentukan kemenangan kepada mana-mana parti politik yang bertanding.
''Kita akan menggunakan mekanisme terbaik sebelum melaksanakannya kerana keberkesanan daripadanya boleh digunakan pula oleh Pemuda UMNO di negeri-negeri lain,'' katanya.
Bagi menjayakannya, beliau turut turun padang ke negeri-negeri lain untuk memantau dan menyampaikan misi pemuda dan memastikan Pemuda UMNO menggerakkan strategi yang dirancang.
''Pembaharuan ini saya yakin tidak akan dilihat hasilnya dalam tempoh singkat, sebaliknya paling minimum dalam tempoh enam bulan," ujar beliau.

masa depan anak muda pasir puteh dapat dicorakkan melalui program yg berfaedah bergantung kepada pemikiran pemimpin pemuda kita . gandingkan bahu memimpin kami wahai pemimpin PEMUDA PASIR PUTEH
ReplyDelete