Wednesday, June 24, 2009

Terbukti Pas Hanya Parti Penumpang Dalam Pakatan Pembangkang

Keputusan pakatan pembangkang menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan membuktikan hakikat sebanar Pas hanya sekadar parti penumpang dalam pakatan berkenaan, demikian menurut Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Afandi Yusof.

Ini kerana jelasnya Pas terpaksa memohon restu dan kebenaran terlebih dahulu dari rakan pakatan mereka, DAP dan PKR walaupun idea kerajaan perpaduan itu dicetuskan Presiden mereka sendiri, Datuk Seri Hadi Awang.
 
"Keputusan penolakan ini membuktikan Pas tiada kuasa dalam pakatan pembangkang kerana terpaksa akur dengan kehendak DAP dan PKR.
 
"Kita sebenarnya hairan kenapakah Pas yang mempunyai ahli yang ramai serta jentera di akar umbi yang mantap berbanding DAP dan PKR hanya menjadi parti tempelan dalam pakatan pembangkang sedangkan Pas adalah parti pembangkang yang dominan", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Pakatan pembangkang yang bermesyuarat semalam memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan. 

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun isu itu pernah ditimbulkan dalam muktamar Pas tahun lalu dan disebut kembali dalam muktamar tahun ini, pakatan pembangkang mendakwa idea penubuhan.

Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya berkata Pas hari ini sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam yang dihormati, tetapi hanya mahu berpolitik lebih daripada perjuangan asalnya.

"Apa yang lebih aneh, mereka menyalahkan kita pula kerana cuba mengeksploitasi isu ini. 

"Setahu saya, cadangan ini datang daripada Pas. Kenapakah mereka menuduh kita dengan pelbagai fitnah yang tidak masuk akal", soalnya.

Adakah Tuan Aziz Calon BN di Manik Urai?


Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, bulan depan.

Beliau boleh diterima oleh majoriti pengundi dan penyokong Umno daripada kem yang bertentangan antara kumpulan ketua bahagian kini Datuk Ramzi Abdul Rahman dan tokoh yang digantikannya Datuk Wan Zaid Abdullah.

Difahamkan semalam, Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian.

Dua lagi nama: naib ketua Umno bahagian Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Menurut sumber-sumber Umno, nama mereka dipilih sendiri oleh jawatankuasa Umno bahagian tersebut baru-baru ini.

Kata sumber, jika calon Manek Urai tidak sesuai dengan kehendak penyokong Umno, ramai daripada mereka mungkin tidak akan berkempen.

"Perlu diambil kira mengenai 28 daripada 42 cawangan yang tidak menyokong Datuk Ramzi," kata sumber lagi.


Oleh itu, tambah sumber, Umno bahagian telah memberi mandat kepada jawatankuasa bahagian memilih tiga nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Manek Urai.

"Saya rasa nama-nama yang sesuai itu telah dihantar ke peringkat atasan untuk diteliti dan diputuskan," katanya.

Ketika dihubungi, Tuan Aziz berkata beliau "tidak tahu" siapa yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai.

Katanya, jika boleh, beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di situ.

Pilihanraya kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Mei lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 Julai dan mengundi 14 Julai. 

Sementara itu, Azizuddin pula berkata beliau sedia memikul tanggungjawab tersebut jika dipilih sebagai calon BN.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu melobi jawatan tersebut," katanya.

Monday, June 22, 2009

KJ ketuai program "Pemuda Masuk Kampung" di Manik Urai


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Y.B. Sdr. Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda UMNO bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini (25 Jun - 27 Jun). 

Program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda UMNO Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan UMNO.

Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal.
Jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.

Saturday, June 20, 2009

Dato' Razali IBrahim di DUN Manik Urai





Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Razali Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja sehari ke DUN mAnik Urai pada 19 Jun 2009. Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 11.00 pagi telah disambut oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan beberapa ketua pemuda bahagian serta ahli jawatan kuasa bahagian-bahagian di Kelantan.

Y.B. Dato' Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin belia dan pimpinan Pemuda UMNO di Manik Urai. Beberapa wakil Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh turut hadir. Ia diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh, Sdr. Aminuddin Mohammad, Sdr. Faisal Abu Bakar (NKP), Sdr. Miha (SU), Sdr. Wan Abd Hisyam, Sdr. Ariff Hakimi, Sdr. Tuan Zaid, Sdr. Farid, Sdr. Masturi, Sdr. Keridan beberapa yang lain.

Tuesday, June 16, 2009

Pemuda Turun Padang, Ajak Golongan Muda Selami Konsep 1Malaysia


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan meneruskan sesi dialog dengan penduduk pelbagai kaum termasuk di Sabah dan Sarawak untuk mengetahui suara hati mereka dalam pelbagai perkara.


Menurut beliau sesi perjumpaan seumpama itu amat penting bagi memastikan suara hati golongan muda dapat diselami dengan mendalam sekaligus membuka ruang untuk pergerakan itu berkhidmat bagi semua tanpa mengira kaum. 

"Perjumpaan serta sesi dialog berkenaan adalah satu langkah Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk mempromosi serta mempraktikkan gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Hari ini kita telah memulakan proses berkenaan dengan mendengar serta berdialog dengan Lapan Pertubuhan Utama Belia Cina (EMCO), dan pada 29 Jun ini pula, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee akan mengadakan sesi dialog dengan Pertubuhan Belia Melayu seperti Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas sesi dialog khas bersama Lapan Pertubuhan Utama Belia Cina (EMCO) di sini, Isnin petang.

Lapan pertubuhan belia terbabit ialah Pergerakan Pemuda Malaysia, Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia, Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia, Persatuan Belia Buddhist Malaysia, Persatuan Belia Kristian Malaysia, Persatuan Graduan Muda Malaysia, Persatuan Usahawan Muda Malaysia dan Junior Chamber KL Mandarin.

Turut hadir Setiausaha Pemuda UMNO, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid serta barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang lain dan kepimpinan Pemuda MCA.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata sesi perjumpaan seperti itu sebenarnya memberi ruang untuk mendapat gambaran jelas tentang pendapat, aspirasi serta pandangan daripada pihak luar.

"Ini adalah pendekatan untuk perkukuhkan lagi gagasan Satu Malaysia.

"Apabila kita memahami aspirasi serta pandangan daripada masyarakat yang lain, maka kita boleh kukuhkan pendekatan kita bersama dalam Pemuda BN supaya tidak hanya diterima oleh kumpulan atau kaum tetapi diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan latarbelakang.

"Jadi kita tidak terhad kepada isu yang berhubung kait dengan kaum kita sendiri seperti UMNO dengan Melayu, MCA dengan Cina, MIC dengan India. Parti komponen di Sabah dan Sarawak juga tidak akan dilupakan," ujarnya. 

Beliau seterusnya menyifatkan perjumpaan beliau dengan pertubuhan belia Cina itu merupakan satu sejarah serta kerana dapat berjumpa dan berdialog kumpulan sasar berkenaan. 

"Antara isu yang dibincangkan pada sesi dialog itu adalah pendidikan seperti pemberian biasiswa dan kemasukan ke universiti, ekonomi serta isu perpaduan dan integrasi nasional", katanya.

Sunday, June 14, 2009

Pemuda Umno Tumpu Pada Golongan Muda Di Bandar Pula


Pergerakan Pemuda Umno mengorak langkah dengan memberi penumpuan dan penekanan kepada penduduk di kawasan bandar dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan muda di kawasan tersebut.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno akan mendekatkan diri dengan pengundi muda di kawasan bandar serta mengenal pasti permasalahan mereka.

"Jika sebelum ini Pemuda lebih banyak turun padang dan menumpukan pada golongan muda di luar bandar, kini tiba masanya untuk Pemuda melebarkan sayap perkhidmatannya kepada pendduk muda di kawasan bandar," katanya kepada pemberita selepas majlis Sehari Bersama Pemuda Umno Malaysia di Bandar di PPR Kerinchi, di sini Ahad.

Katanya, sepanjang pertemuan dengan penduduk di kawasan perumahan berkenaan, kebanyakan isu yang dibangkitkan penduduk kawasan terbabit adalah masalah pengurusan sampah, persekitaran, tempat letak kereta serta permintaan untuk membeli rumah berkenaan daripada hanya disewakan.

"Kesemua permasalahan yang dibangkitkan ini akan Pemuda Umno perjuangkan dan kami akan berusaha untuk membantu mereka mendapat peluang untuk hidup lebih selesa agar mereka tidak rasa kehimpitan tinGgal di bandar," katanya.

Mengulas penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khairy menyifatkan ia merupakan pilihan Zaid serta tidak sesekali menggugat kekuatan Umno.

"Penyertaan beliau itu langsung tidak mengganggu gugat Umno, tidak menyimpang daripada usaha Umno untuk membawa perubahan demi rakyat, jadi saya harap perkara ini tidak digembar-gemburkan, ia bukan perkara besar," katanya.

Diminta mengulas mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke negara ini, beliau melahirkan rasa kecewa ekoran ada pemimpin yang sanggup menyakitkan hati majoriti rakyat Malaysia.

"Saya begitu kecewa ada pemimpin yang sanggup meyakitkan hati majoriti rakyat Malaysia, sebenarnya yang menuntut Chin Peng dapat balik ke Malaysia saya rasa bukan majoriti rakyat Malaysia tapi sebilangan kecil rakyat Malaysia.Saya rasa jika buat suara majoriti, rakyat negara ini tak mahu Chin Peng balik, " katanya.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata isu berkenaan amat sensitif dan begitu menyakitkan berikutan masih ramai lagi rakyat negara ini yang masih punya ingatan utuh terhadap zaman komunis yang begitu ganas.


Sumber: Bernama

Monday, June 8, 2009

Keep an open mind


The muzakarah or dialogue between PAS and Umno is a stepping stone for both parties to gain the people’s trust, said Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.

“Do not look at it as a trap. If we have an open mind and think good of each other, it will be a platform for two of the biggest parties in Malaysia to discuss with each other. I believe we can even talk about the polemic in Perak,” he said.

Khairy, who was one of the speakers at the Agenda Awani programme on Astro last night, said the dialogue should not be misconstrued as a formal meeting to establish a unity government.

“Don’t be obsessed about formality. Muzakarah should be a series of informal discussions where the two giants of politics can come to a mutual agreement on national issues that would benefit the people,” he said.

Another speaker, PAS central committee member Dr Mujahid Yusof Rawa, said there were three obstacles to the muzakarah – public perception, consensus from party members and blessing from its counterparts in Pakatan Rakyat.

“All these must be taken into consideration so that the dialogue won’t backfire on us,” he said via telephone conference on the talk show.

To this, Khairy said PAS still had the chance to work with Umno as Pakatan was a political coalition and not a political party.

“We contest under the same umbrella (of Barisan) whereas Pakatan candidates do not. Hence, I think PAS should never say never to working with Umno.

“There is nothing wrong with starting a muzakarah because from this informal discussion, we could have cooperation in the future,” he said.

Meanwhile Bernama reported Umno vice-president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi as saying the unity government proposed by PAS was not an agenda to form a coalition government but a conduit to forge closer understanding among Malays and the ummah.

He said PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had mooted the idea in the interest of the ummah and religion.

“PAS should translate the ideals that it professes for the good of the religion and ummah. I do not want the action to be detrimental to Muslims,” he told reporters when visiting Lembaga Tabung Angkatan Tentera in Kuala Lumpur yesterday.

Zahid, who is also Defence Minister, commended PAS for making forays in the interest of the ummah.

“I hope PAS will not set any conditions if it merely wants to cooperate with Umno. We know that some PAS delegates at the 55th muktamar had voted against a candidate who supports the cooperation,” he said.

Muzarakah UMNO – Pas, Usaha Serius Ke Arah Perpaduan Ummah

Muzakarah antara UMNO dan Pas adalah penting untuk kebaikan bersama khususnya mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, membasmi kemiskinan serta kebajikan rakyat.


Demikian menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam rancangan Agenda Awani terbitan stesyen penyiaran Astro, Isnin malam yang membincangkan tajuk “Kerjasama UMNO-Pas Membina Negara”.

Sambil menolak muzakarah tersebut sebagai umpan untuk membentuk kerajaan perpaduan beliau berkata perbincangan itu adalah satu usaha serius ke arah perpaduan ummah, orang Melayu.

"Perbincangan ini adalah demi kebaikan, membasmi kemiskinan dan pembangunan politik negara.

"Muzakarah ini menghasilkan persefahaman tidak rasmi, tidak sampai membentuk kerajaan perpaduan", katanya.

Beliau seterusnya menegaskan muzakarah yang dicadangkan adalah lebih berbentuk usaha jangka masa panjang dan politik yang sederhana.

"Untuk jangka pendek ini kepercayaan perlu dibina terlebih dahulu oleh dua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tersebut.

"Perbincangan UMNO dan Pas yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu terbantut kerana kedua-dua parti terbabit dengan pemilihan masing-masing. Namun dengaan kemenangan pemimpin Pas yang menyokong kepada perbincangan, proses muzakarah menjadi lebih konduksif", ujarnya.

Namun tegas beliau usaha ini tidak akan tercapai sekiranya wujud sikap prejudis serta meletakkan prasyarat tertentu untuk menjayakannya.

"Kita berharap perbincangan tersebut dapat diadakan semula", katanya.

Program yang berlangsung selama 30 minit itu bagaimanapun tidak disertai Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang diwar-warkan sebelum ini akan bersama Khairy Jamaluddin untuk membincangkan perkara itu.

Namun pihak penerbit telah menemubual Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mujahid Yusof Rawa menerusi telefon bagi mendapatkan pandangannya berhubung perkara yang dibincangkan.

Sumber: web Pemuda UMNO Malaysia

Pakatan hadapi 'krisis keyakinan'

Sejak dibentuk Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat kini menghadapi "krisis keyakinan" susulan tindakan PAS menggerakkan kerajaan perpaduan dan menggesa sebuah NGO wanita diharamkan. 

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun tema muktamar PAS hujung minggu lalu boleh membawa maksud mengukuhkannya sebagai parti nasional yang mewakili kepentingan dan hak semua warga, tetapi kerajaan perpaduan dan gesaan menyiasat Sisters in Islam (SIS) membawa "kesan sebaliknya". 

DAP dan PKR menafikan dakwaan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat pernah membincangkan dan bersetuju dengan saranan berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN.

 
Dua parti itu juga menggesa PAS menilai semula usul yang diluluskan tanpa bahasa yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan SIS jika terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin PAS menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan dan parti itu sendiri agar tidak mengeluarkan kenyataan lagi tentang isu tersebut yang boleh mengelirukan lagi penyokong pembangkang.

Pengarah Pilihanraya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali berkata perbincangan isu kerajaan perpaduan "tidak relevan" kerana tugas pembangkang untuk melawan Umno dalam pilihanraya umum dan kecil, termasuk di DUN Manek Urai.

Thursday, June 4, 2009

Manik Urai By-Election: How BN can make their lives better


PUTRAJAYA: Barisan Nasional is taking a one-on-one approach in explaining to the people of Manik Urai, Kelantan, what the ruling party is all about and what it could do to make their lives better.
Its major focus would be on at least half of the over 12,000 voters who are below the age of 40.

Umno Youth deputy chief Datuk Razali Ibrahim said members of the Youth and Puteri wings would be getting close to this group of voters to dispel any untruths about the BN spread by the opposition.

"Capturing the hearts of at least half of these voters would be very good for the party."

Razali said the party did not see Manik Urai as a Pas stronghold.
He said after several losses in recent by-elections, BN was determined to wrest the Manik Urai seat from Pas.

Umno had outlined new approaches in making itself more appealing to voters.

These included tackling local issues faced by the people in the constituency and well as issues related to development identified by the party.

"Our presence in Manik Urai would allow the people to hear BN out and the good we can bring to the area."