Saturday, February 21, 2009

PKR dilanda isu moral


Kira-kira dua minggu lagi, pakatan pembangkang akan merayakan ulang tahun pertama kejayaan menguasai lima buah negeri pada pilihan raya umum 8 Mac 2008. Khabarnya semua negeri terlibat sudah bersiap sedia untuk meraikan ulang tahun pertama negeri Kedah, Pulang Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang.

Malangnya, perkembangan politik terbaru sepanjang Februari ini merencatkan rencana sambutan yang dengar-dengarnya akan dibuat secara gilang-gemilang itu.
Apa tidaknya, sepanjang bulan ini satu demi satu 'musibah' menimpa pakatan pembangkang. Ia bermula dengan empat wakil rakyat yang berpaling tadah menyokong Barisan Nasional (BN) hingga membawa kepada tumbangnya kerajaan negeri Perak beberapa hari kemudiannya.

Rentetan daripada demonstrasi jalanan dan penentangan terbuka pakatan pembangkang ke atas keputusan Sultan Perak yang merestui penubuhan kerajaan baru BN Perak, mereka dicap sebagai penderhaka dan pengkhianat. 

Minggu ini pula barangkali minggu paling memeningkan bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat. Hari-hari sepanjang bulan ini juga menjadi hari paling meresahkan Anwar dan sekutu-sekutunya dalam pakatan itu.

Setelah kerajaan negeri Perak tumbang, cakap-cakap ramai lagi ahli-ahli PKR di Perak akan mengikuti jejak tiga wakil rakyat terdahulu yang mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas, semakin bertiup kencang.

Khabar angin yang sama turut melanda Kedah dan Selangor mencetuskan suasana panik sehingga Anwar terpaksa memanggil satu mesyuarat tergempar bagi membincangkannya. Khabar angin tersebut menjadi kenyataan. Beberapa hari selepas itu wakil rakyat Bukit Selambau dari PKR, V. Arumugam meletak jawatan sebagai Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu. Arumugam kemudiannya menghilangkan diri sehingga sekarang.

Minggu ini pula ada krisis yang lebih besar melanda PKR dan pakatan pembangkang. Mereka berhadapan dengan isu paling hangat iaitu pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong berhubung isu gambar bogelnya (separuh bogel) yang disebarkan secara berleluasa di Internet. Ibarat seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit, pakatan yang terdiri daripada PKR, DAP & Pas mahu tidak mahu terpaksa berhadapan dengan isu ini yang disifatkan oleh para pemerhati politik sebagai satu lagi krisis moral PKR.

Pada awalnya isu ini dilihat sebagai satu bentuk pencerobohan ruang peribadi atau privasi Elizabeth. Status kes ini bagaimanapun sekelip mata berubah menjadi satu skandal moral sejurus selepas ADUN Bukit Lanjan itu membuat laporan polis.

Beberapa persoalan baru mula timbul. Siapakah yang bertanggungjawab menceroboh dan melakukan perbuatan yang sangat menjijikkan itu? 

Persoalan-persoalan tersebut turut mencetuskan beberapa 'penemuan baru' yang terus mengundang pelbagai tanggapan dan persepsi ke atas kehidupan peribadi wakil rakyat berketurunan Cina itu. Malah sebelum bermula pun siasatan polis, gambar dan biodata diri suspek - seorang lelaki Melayu segak dan kacak sudah berleluasa di laman-laman web dan blog. 

Implikasi daripada kes gambar bogel Elizabeth ini sangat besar kepada Anwar, PKR dan pakatan pembangkang khususnya. Ia menjadi lebih parah jika siasatan polis selepas ini mendedahkan lebih banyak 'pekung-pekung' baru yang 'terselindung' selama ini. Skandal moral ini juga meletakkan pakatan tersebut pembangkang berada dalam keadaan yang sangat sukar dan getir.

Perjuangan mereka untuk meyakinkan rakyat bahawa pakatan pembangkang adalah pilihan terbaik 'yang lebih bersih dan suci' bagi menggantikan BN sudah boleh diibaratkan sebagai berakhir.

Harapan sekumpulan rakyat yang taksub kepada Anwar dan mahu melihat PKR dan sekutu pembangkang menjadi parti alternatif kepada kerajaan sedia ada juga punah-ranah dek skandal ini. Kes gambar bogel ADUN Bukit Lanjan ini menambahkan lagi senarai skandal moral yang berlaku di kalangan wakil-wakil rakyat PKR termasuk apa yang berlaku di Perak dan Kedah.

Anwar tidak terkecuali daripada menjadi beban skandal moral ini. Beliau sendiri sedang berhadapan dengan dakwaan meliwat bekas pembantu khasnya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Krisis moral ini juga meletakkan rakan PKR, Pas dan DAP dalam keadaan sukar. Kedua-dua parti itu yang berpegang pada prinsip integriti menjadi serba salah ketika berhadapan dengan isu yang memalukan ini.

Kedua-dua parti ini sangat lantang dan tidak putus-putus mendesak bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek meletak jawatan setelah skandal video seksnya terbongkar sebelum pilihan raya umum 2008. Bagi Pas dan DAP, pemimpin yang rendah moral tidak layak menjadi wakil rakyat dan pemimpin. 

Pas pula secara konsisten tidak dapat bertolak ansur dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi ajaran Islam apatah lagi perbuatan maksiat termasuk skandal seks. Hari ini Pas dan DAP pula merasai tempias bahang satu skandal moral kerana individu yang terlibatnya adalah pemimpin daripada parti sekutunya sendiri. 

Bagaimanapun satu perkara yang menarik untuk dilihat ialah reaksi Anwar terhadap isu ini. Beliau dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mendesak Elizabeth meletak jawatan. Sebaliknya mereka menasihatkan ADUN Bukit Lanjan yang dipilih sebagai wakil rakyat oleh 12,125 pengundi pada pilihan raya umum lalu bercuti bagi menenangkan fikiran.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga senada dengan Anwar. Dalam kenyataan terbaharu beliau merayu Elizabeth agar tidak meletak jawatan sebagai ADUN.

Bagi Nik Aziz, ADUN Bukit Lanjan itu tidak bersalah. Yang salah ialah orang yang menceroboh rumahnya, merakamkan aksi-aksinya! Paling 'hebat' keupayaan Penasihat PKR yang kental dengan prinsip 'aku sahaja yang betul' melencongkan kelemahan sendiri kepada pihak lain. Awal-awal beliau mengalihkan 'beban besar' yang ditanggungnya kepada orang lain. Tidak lain dan tidak bukan UMNO dan BN! Tanpa apa-apa bukti, UMNO dan BN ditudingnya sebagai dalang di sebalik penyebaran gambar-gambar bogel wakil rakyat bujang berusia 37 tahun itu.

Ketika diasak oleh ahli-ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat supaya memberikan bukti, Anwar gagal berbuat demikian. Siasatan awal polis Kuala Lumpur mendapati insiden tersebut dipercayai dilakukan oleh individu yang dikenali mangsa sendiri dan menolak andaian ia satu perangkap untuk menjatuhkan ahli politik itu.

Tetapi mengenali Anwar, beliau tidak akan percaya dan termakan dengan jawapan itu. Strategi mengalihkan beban kesalahan ke pihak lain, bukan perkara baru. Anwar sudah melakukannya sejak dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998 lagi. Sesuai dengan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Anwar tidak akan sesekali mengaku salah apatah lagi menyerah kalah. Musuh-musuh politiknya tetap dipersalahkan bagi menutup kesalahan diri sendiri, kelemahan parti serta nama baiknya.

Beliau mahu dilihat dan kelihatan sebagai 'maksum' - bersih daripada segala noda termasuk dosa politik.

Penganalisis politik tanah air Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak ketika diminta mengulas isu ini berkata, Anwar memang terkenal dengan strategi mengalihkan beban kesalahan sendiri kepada orang lain.

Beliau berkata, Anwar menggunakan strategi ini ketika berhadapan dengan satu-satu isu yang boleh menjejaskan diri dan partinya PKR.

"Beliau pindahkan beban kesalahan kepada BN selaku lawan politiknya. Dengan itu dia tidak perlu menjawab isu-isu berbangkit secara berdepan," katanya.

Dalam kes gambar bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, Mohamed Mustafa berpendapat, Anwar dan PKR sebenarnya berada dalam keadaan tertekan.

Menurutnya, jika semua ahli politik PKR mengambil ketetapan bahawa mereka yang terlibat dengan skandal berkaitan moral, etika dan tata laku peribadi perlu meletak jawatan, bagaimana pula dengan Anwar yang sedang berhadapan dengan kes liwat di mahkamah.

Justeru katanya, modal terbaik yang harus digunakan oleh Anwar ialah mewujudkan teori konspirasi terhadap UMNO dan BN. 

Kata beliau, Pas dan DAP sangat tidak selesa dengan kes-kes sebegini kerana kedua-dua parti itu berpegang kepada tataetika politik universal yang tidak diamalkan oleh PKR.

Dalam isu ADUN berpaling tadah misalnya kata beliau, DAP dan Pas sangat tidak bersetuju dengan amalan lompat parti dan mereka telah mula membentuk standard moral mereka sendiri dalam isu ini.

"Pas dan DAP tidak mahu pakatan pembangkang dibelenggu dengan isu-isu moral yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat kepada mereka," katanya. Anwar dan pemimpin PKR perlu belajar menerima hakikat serta berhenti menyalahkan orang lain.

Penasihat PKR itu sepatutnya melakukan pembersihan dalaman dengan menyahkan 'anasir-anasir pengkhianat' yang menjadi tukang conteng arang di wajah PKR. Anasir-anasir ini tidak terkecuali ahli-ahli PKR, para pemimpin PKR serta Anwar sendiri yang masih tidak lekang daripada kontroversi moral!
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:


Marah jangan sampai caci, hina


Datuk Seri Harussani Zakaria, bukanlah suatu nama yang asing bagi umat Islam di Malaysia. Sebagai Mufti Perak, beliau sentiasa ‘panas’ dan diseliputi kontroversi. Semuanya kerana sikap tegas beliau dalam memberikan pandangan berkaitan pelbagai isu agama.

Terbaru, beliau diheret dalam polemik politik di negeri Perak. Semuanya bermula apabila beliau enggan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memohon Tuanku membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia disusuli dengan kenyataan beliau bahawa sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap derhaka.

Harussani, mufti yang paling lama di Malaysia yang berkhidmat sejak 24 tahun lalu juga terkenal sebagai yang paling lantang apabila memberikan pandangan dalam banyak hal.

Antara pandangan beliau yang mencetuskan polemik sebelum ini termasuklah mengisytihar perang terhadap penubuhan Majlis Perundingan Agama (IFC). Justeru, beliau meminta pertubuhan politik Islam yang menurunkan tandatangan menyokong penubuhan IFC bertaubat kerana dibimbangi akidah mereka sudah terbatal.

Harussani juga adalah ulama yang menegur filem Mualaf arahan Yasmin Ahmad kerana memaparkan konflik antara golongan konservatif Islam dan golongan sederhana.

Beliau menegaskan, “Saya hanya menyatakan yang benar kerana saya takut sekali kalau menyatakan yang tidak benar. Jika sesuatu perkara itu salah, saya akan kata ia salah. Tidak kira dengan siapa saya berdepan walaupun terpaksa menerima kecaman kerana itulah tugas dan tanggungjawab saya”.



KUNJUNGAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA, Y.B. KHAIRY JAMALUDDIN KE PASIR PUTEH

1) Ketua Pemuda UMNO Bhgn. Pasir Puteh, Sdr. Amin sedang memberi ucapan alu-aluan

2) Y.B. Sdr. Khairy sedang menyampaikan amanat kepada AJK Pemuda UMNO Bhgn. Pasir Puteh

3)  Y.B. KJ menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin

4) Perbincangan Y.B. KJ dan NKP Pasir Puteh, Sdr. Faisal di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur



Sunday, February 15, 2009

KUNJUNGAN Y.B. DATO' RAZALI IBRAHIM KE BAHAGIAN PASIR PUTEH

1)Y.B. Dato' Razali Ibrahim (Pengerusi FINAS) bersama Sdr. Aminuddin (Ketua Pemuda), Sdr. Faisal (Naik Ketua Pemuda), Sdr. Yusri (Bendahari Pemuda) dan Sdr. Sabri (AJK Pemuda)

2)Ketua Pemuda UMNO Bhgn. Pasir Puteh, Sdr. Aminuddin menikmati makan malam bersama rombongan Y.B. Dato' Razali

3)Y.B. Dato' Razali, Ust. Sharin dan beberapa NKP dari bahagian-bahagian lain menjamu selera di Wisma Tuah 


KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN


Titah Daripada DYMM Sultan Selangor
Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta.

Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh Beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah Ayahanda Saudara Beta. Malah, keluarga Diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang Beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman Baginda, sesuai dengan kedudukan Baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.

Baginda dan keluarga Baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan Baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakarpakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya "mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, "barulah kita kenal siapa kaca siapa permata". Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihakpihak tertentu yang "marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar".

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi RajaRaja, maka Beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)

SULTAN SELANGOR13 Februari 2009

Kami tidak hidup dalam dongengan.
Sumber: Facebook- Raja-raja Melayu


Kami tidak dibuai mimpi dahulu-kala-zaman-silam-kuno-dongeng-karut-tahyul-jampi-ilmu kebal ni laa...
Melayu,spt manusia2 lain jg semakin bijak dan matang.
Ilmu dan syariah Islam juga semakin menebal berbanding dahulu.

Yang diperjuangkan di sini ialah survival, kedaulatan dan jati diri kita orang2 Melayu. Ketaatan Melayu kpd Sultan2 lah yg telah mendorong seluruh negeri Melaka memeluk Islam apabila Sultannya memeluk Islam. Kesetiaan ini jugalah yg telah memelihara iman org2 Melayu drpd keluar drpd Islam utk memeluk agama para penjajah Tanah Melayu selama 446 tahun [1511-1957].

Kami ni taklah jahil-bodoh-tolol-lurus bendul-bengong sangat.
Kami tahu kita ni semua sama shj di sisi Allah melainkan dgn taqwa.
Tapi Allah juga berfirman :

"Taatlah kpd Allah,taatlah kpd Rasul dan orang2 yg berkuasa dalam kalangan kamu."

Xdelah smpai tahap nak jilat kaki or minum air mandian Raja-Raja tu. Melampaulah kan.
Malahan, skrg ini kebnykan Raja, contohnya Sultan Johor prefer dan kadangkala titah supaya jgn dicium tangan. 
Mengangkat sembah pun kita cuma angkat tangan atau namanya 'emas bermutu' pada dahi atau 'batu jemala'..kita tidak tundukkan kepala spt sujud atau menyembah berhala.Kalau tidak diangkat sembah,cukup sekadar tunduk sedikit tanda hormat. Ada dalam buku protokol2 rasmi Malaysia yg tebal kaler biru tu.

Bahasa istana/diraja spt patik,tuanku,beta,junjung kasih ini hanyalah bahasa hormat..nak tunjuk rasa hormat sbb Sultan2 itu berkedudukan tinggi dalam masyarakat.Salah ke? 

Kat US tu, Presiden die bukan main hebat lg dirai penuh kemewahan. Enjin katebang Air Force One die tu,kalau ade tak 100% perfect sikit pun, die ganti satu enjin! Bukan enjin motor kapcai. Enjin Rolls-Royce Boeing 747-400 tu.[sumber:National Geographic]
Kat UK ni, mahkota Queen tu bertatah segala mcm permata dr seluruh British Empire dulu. Permata dr Empayar Uthmaniah pun ada.[Wikipedia]
Ini semua lambang ketinggian sesuatu tamadun dan kehormatan diri rakyatnya.Takkan nak pakai selekeh2 kan.

Elok la kalau boleh pakai dgn penuh zuhud. Tp nnt ade pula rakyat yg tak setuju.malu org tgk.
Islam menyuruh kt berpakaian mengikut kesesuaian-[Dr Asri].Zuhud tak kena tmptnya xleh jgk.

Sultan2 Melayu ini sekurang2nya adalah pemelihara tertinggi dan pelindung kemuliaan agama Islam dalam perlembagaan dan juga dalam negara kita ni.
Jadi,susah sgt ke kt nak beri sedikit kemuliaan n kehormatan kepada baginda-baginda?kalau tidak kerana dasar jati diri kt yg ada sejarah dan asal-usul, atas dasar nak ckp 'terima kasih tolong jga agama Islam kami' pun tak boleh ke?

Tak salah nak beri kesedaran agama. Malah sgt elok dan digalakkan.
Harap tak melampau smpai fikir kami ni tak rasional n taksub membuta.

Aduhai....

Raja-raja Melayu

Melayu perlu bersatu

Orang Melayu perlu berdiri teguh di belakang Raja-raja Melayu dalam berhadapan dengan ancaman ‘samseng politik’ ini. Kita tidak boleh bertolak-ansur dengan samseng politik yang angkuh dan mahu kita semua tahu bahawa orang tidak berani mengambil tindakan ke atasnya.

Reaksi Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah isyarat jelas untuk memberitahu semua pihak yang membuat onar supaya berfikir dan memberhentikan terus segala penderhakaan.

Kita harap pemimpin pembangkang menjadikan teguran Sultan Selangor sebagai iktibar kerana mereka yang seringkali mengaku sebagai menghormati demokrasi tetapi mendidik pengikut menjadi masyarakat yang tidak mengikut undang-undang.- Mingguan Malaysia.

Raja-Raja Melayu,walaupun berketurunan Melayu, merupakan Raja Yang di-Pertuan kpd semua rakyat Malaysia.Bukan org Melayu sahaja.Perlembagaan juga menyatakan bahawa YDP Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan agama Islam dan org2 Melayu serta hak-hak kaum2 lain.Maka, wajarlah semua warganegara tidak mengira kaum menanamkan taat setia dan mempertahankan Raja-Raja. Baginda-bagindalah lambang kedaulatan negara kita Malaysia.

Saturday, February 14, 2009

KEMELUT PERAK: ANTARA REALIS DAN IDEALIS

Manusia wujud dalam sistem anarki kemanusiannya. Sistem yang semulajadi ini menyebabkan kepelbagaian ragam manusia dalam mentafsir sesuatu situasi, mentakrif sesuatu perkembangan atau menyelesaikan sesuatu kemelut. Sebab itu muncul pelbagai kelompok manusia – sekurang-kurangnya kelompok oportunis, pragmatis, realis dan idealis.

Kesemua kelompok ini mempunyai persepsi, kaedah dan cara yang berbeza untuk menyelesaikan sesuatu kemelut. Tetapi, kesemuanya juga mempunyai persamaannya. Semua kelompok ini menjadikan faktor kepentingan dan kelangsungan (survival) sebagai pemangkin tindakan masing-masing.

Pihak oportunis lazimnya tidak mementingkan ideologi atau nilai-nilai moral. Mereka bertindak seperti bulldozer. Motivasi keputusan dan tindakan mereka adalah keuntungan material yang segera untuk menjamin kepentingan dan kelangsungan mereka.

Manusia pragmatis lazimnya berprinsip. Tetapi, demi sesuatu keuntungan material atau bukan material, mereka sanggup menggadaikan prinsip mereka. Lantas, mereka pun jadi lalang – bergerak dan melentok-liuk ikut tiupan angin. Jadi, kelompok ini juga bergerak dan bertindak demi kepentingan dan kelangsungannya.

Kumpulan realis memang ideological. Mereka rela mencaturkan politik kuasa, tanpa mengira nilai-nilai moral, semata-mata untuk memperolehi kuasa, menebus semula kuasa yang hilang atau mempertahankan kuasa. Dalam lain-lain perkataan, kelompok ini sanggup mengaplikasikan doktrin Machaivelli demi kepentingan dan kelangsungannya.

Puak idealis juga ideological. Mereka juga menitikberatkan soal kepentingan, kelangsungan dan kekuasaan. Tetapi, kaedah mereka tidak Machiavellian, kurang berkonfrontasi dan berat untuk mengenepikan nilai-nilai moral. Puak ini percaya kepada prinsip-prinsip musyawarah, muzakarah, menghalusi punca masalah dan mengenalpasti jalan terbaik untuk meleraikan sesuatu kemelut supaya wujud situasi menang-menang di mana yang untung tidak untung segala-galanya, dan yang rugi tidak rugi kesemuanya.

Semua kelompok ini wujud dalam kerangka siasah Perak pada hari ini,. Tetapi, kelompok oportunis, pragmatis dan realis lebih menonjol impaknya daripada kumpulan idealis. Itulah realitinya.

Fikir-fikirkanlah realiti ini sebaik-baiknya kerana di sebalik keputusan telah diambil dan di sebalik tindakan yang telah dilaksanakan, mungkin wujud jerangkap samar atau bom jangka yang amat padah impaknya.

7 April p'raya di Bkt Gantang, Bkt Selambau




Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung.

Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

P'raya kecil pertama Najib

Ini juga merupakan pilihanraya kecil pertama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak seandainya peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan berjalan seperti yang dijangkakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa kepada Najib sejurus selepas selesai perhimpunan agung Umno bulan depan.

Mengenai kerusi Bukit Selambau, Abdul Aziz berkata, beliau berpuashati dengan dokumen yang diberikan, yang menurutnya, sah dan asli dari Arumugam.

"Setelah kita berbincang, kita dapati tidak ada unsur-usnur keraguan," tambahnya.

Mengenai keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil serentak bagi kedua-dua kerusi berkenaan, Abdul Aziz berkata:

"Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam-macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih".

Beliau juga berkata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena-mengena dengan perhimpunan Umno bulan depan.

"Keputusan ini dibuat supaya semua selesa," tambahnya.

Daftar pemilih

Abdul Aziz juga memberitahu, daftar pemilih untuk kedua-dua kawasan ditentukan berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2007 dan digabungkan dengan daftar tambahan pada suku pertama, suku kedua dan suku ketiga 2008.

Katanya, daftar tersebut akan mula dijual mulai 21 Februari bagi senarai tanpa saluran dan pada 21 Februari bagi senarai dengan saluran.

Terdapat 55,562 pemilih berdaftar di Bukit Gantang dengan 55,426 pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Di Bukit Selambau pula seramai 35,140 layak mengundi. Seramai 35,125 merupakan pemilih biasa, manakala 15 lagi pemilih pos.

Sebanyak 32 pusat mengundi akan dibuka di Bukit Gantang manakala sebanyak 22 lagi akan dibuka di Bukit Selambau.

Abdul Aziz juga berkata, Pemantau Bagi Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) diberikan kebenaran menjadi pemerhati.

Tarikh tidak jejas pengundi

Ditanya kenapa SPR tidak memilih hari hujung minggu sebagai tarikh pengundian, seperti amalan biasa, Abdul Aziz berkata, ia dibuat berdasarkan tempoh 60 hari yang diperuntukan kepada mereka.

Katanya, ketetapan tarikh itu juga tidak akan menjejaskan jumlah pengundi yang akan turun menunaikan tanggungjawab.

"Kalau hendak mengundi, dia akan ambil cuti dan balik kampung. Sekolah-sekolah yang jadi tempat mengundi akan bercutilah," katanya.

Menurutnya, tempat penaman calon bagi parlimen Bukit Gantang akan diadakan di dewan Majlis Perbandaran Taiping.

Manakala tempat penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau pula di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Perubahan Kerajaan - Baik Kalau Anwar Buat, Tapi Buruk Kalau Orang Lain?

oleh:Ab Jalil Backer 
sumber: Blog Pemuda UMNO Malaysia

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) yang bertindak menjadi wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap pemerintahan parti campuran PKR, Pas dan DAP. 

Sungguhpun ada suara-suara yang menyarankan diadakan undang-undang anti lompat parti namun keputusan mereka adalah satu tindakan sah dan bermoral. Undang-undang dan Perlembagaan negara menjamin hak mereka sebagai wakil rakyat untuk membuat keputusan sedemikain. 

Dari segi moral politik pun, tindakan mereka tiada salah sama seperti usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mencari sokongan wakil rakyat parti lain untuk menubuhkan kerajaan. 

Memang kita boleh bercakap soal "moral" kononnya rakyat sudah membuat keputusan berasaskan parti. Pandangan ini bukan sahaja tidak tepat malah mengelirukan. Apakah parti sahaja yang menjadi faktor pengundian dalam pilihan raya? 

Demokrasi di Malaysia bukan sistem dua parti yang berasaskan pertentangan ideologi yang terang-terangan dan perbezaan polisi yang jelas sehingga keputusan dibuat berasaskan sokongan terhadap parti semata. 

Di banyak tempat keputusan dibuat beradasarkan populariti calon, parti, marah atas sebab tertentu dan juga isu-isu tempatan. 

Sistem demokrasi di Malaysia berasaskan mandat kepada perwakilan yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen. ADUN-ADUN ini yang menentukan siapa yang akan mereka beri kepercayaan menjadi Menteri Besar. 

Demikian juga Ahli Parlimen juga yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memilih Perdana Menteri. 

Parti politik hanya perantara bagi melicinkan isu pemilihan Menteri Besar dan Perdana Menteri bukan penentu kepada keputusan ini. 

Jika Perdana Menteri yang dicalonkan oleh parti yang menang kerusi terbanyak gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, atau Menteri Besar gagal mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri maka akan terlucut jawatan beliau walaupun ia datang dari parti yang menguasai majoriti wakil rakyat. 

Jika kita ingin bercakap soal undang-undang anti lompat parti mahu dilaksanakan ia harus juga merombak sistem pemilihan parti memerintah. 

Ini kerana undang-undang anti lompat bertujuan melindungi kepentingan parti bukan kepentingan negara atau rakyat. Jika demikian jumlah wakil rakyat atau perwakilan dalam Dewan harus dibuat berdasarkan undi popular parti bukan mengikut kawasan seperti sekarang. 

Parti pemerintah harus diberi kepada parti yang menang kerusi terbanyak bukannya parti yang berjaya mendapat sokongan teramai ahli Dewan. Ini bermakna BN harus kembali memerintah Selangor, Perak dan Kedah. 

Menteri Besar dan Perdana Menteri harus dipilih dari parti yang menang kerusi terbanyak tanpa mengambil kira ia majoriti atau tidak. 

Sehingga kita bersetuju untuk melaksanakan beberapa perubahan yang menjurus kepada pilihan raya berasaskan parti bukan calon, maka selagi itulah kita harus menerima hakikat bahawa mandat rakyat berasaskan dua faktor iaitu parti dan calon. 

Dan rakyat juga telah memberi mandat kepada wakil mereka untuk membuat keputusan mengenai hal ehwal negara. Jika wakil rakyat dihalang dari mengadakan undi tidak percaya atau menyatakan hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan maka konsep wakil rakyat itu sendiri sudah tidak relevan. 

Undang-undang anti lompat hanya sesuai jika sistem kita berasaskan perwakilan parti bukan wakil rakyat. Ini termasuk mewujudkan sistem referendum untuk setiap polisi baru kerajaan kerana ahli Dewan sudah tidak dianggap sebagai wakil rakyat tetapi lebih merupakan wakil parti. 

Lebih mengelirukan, mengapa sekarang baru dipersoalkan mandat rakyat terhadap parti sedangkan ketika menubuhkan kerajaan campuran di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor tidak pula dipersoalkan apakah rakyat memberi mandapat kepada PKR, Pas dan DAP untuk bergabung membentuk kerajaan? 

Bukankah mereka bertanding atas logo atau lambang dan ideologi masing-masing yang berbeza? 

Apakah pengundi Melayu di Perak dan Selangor yang mengundi PKR dan Pas dalam pilihan raya lalu memberi mandat kepada mereka membentuk kerajaan yang dikuasai oleh DAP? 

Anehnya, ketika orang Melayu Perak tertekan dengan pelbagai keputusan kerajaan negeri boneka DAP, ada pula pemimpin Melayu UMNO bercakap soal moral lompat parti dan sebagainya. 

Kepada pemimpin Melayu ini kita ingin bertanya kepentingan rakyat, orang Melayu dan agama Islam yang lebih utama atau populariti di kalangan kumpulan tertentu yang selalu sinis terhadap UMNO lebih penting?

Anwar Label Raja-Raja……."Tok Pekong"

Sumber: Blog Pemuda UMNO Malaysia
Buat pertama kali Anwar Ibrahim tidak ke depan dalam isu hak memerintah Perak. Sebelum ini tidak pernah dia tidak menjuarai setiap isu yang melibatkan keburukan kerajaan. Dan,tidak pernah Karpal Singh ambil alih tempat ini sejak Anwar jadi Ketua Pembangkang. 

Buat pertama kalinya juga Anwar cuba menampakkan dia bertindak rasional dalam menangani isu. Tiada kata-kata cabaran, tiada kata-kata ugutan, tiada maki hamun dan kata nista yang keluar dari mulutnya. 

Kalau tidak tu, pantang ada isu, pasti dialah yang paling lantang. Lagikan tiada isu pun dia boleh ‘create’ isu dan isu tersebut boleh jadi panas, ini pula isu paling panas, tiba-tiba dia jadi orang yang sangat berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan! 

Apa sudah jadi dengan Anwar ni. Dah dapat petunjuk hidayat tuhan ke? 

Dulu masa jadi pengetua Yayasan Anda Akademik dia kata gambar Agong yang lekat di dinding-dinding pejabat tu "Tok Pekong". Orang Melayu dok sembah, tak berani nak sanggah dan taat buta tuli. 

Semua bekas pelajar Yayasan Anda tahu ungkapan ‘Tok Pekong’ ni ditujukan kepada siapa. Punyalah anti dengan Raja-Raja…. 

Bila masuk UMNO barulah pura-pura tunjuk kesetiaan kepada Raja. Samalah anggapannya terhadap UMNO. Bila dah jadi pemimpin UMNO barulah pandai sebut soal perjuangan bangsa Melayu, sebut sejarah UMNO dan ambil kata-kata hikmah dari bekas-bekas pemimpin UMNO. 

TAPI, bila dah tercampak keluar, maka berhamburlah kembali kata-kata nista yang sepanjang masa memang bermain dibibirnya sebelum jadi ahli UMNO. 

Bro Anwar,…itu sebab keikhlasan tu penting dalam mengiringi setiap perbuatan kita. Jujur kepada diri dan perjuangan yang dibawa. Jangan terlalu banyak buat benda-benda yang tersirat dan beragenda sulit. 

Bila terlalu banyak sangat agenda sulit, yang tersurat lain, yang tersirat lain, akhirnya diri sendiri yang terkeliru. Sampaikan benda yang di depan dan benda yang di belakang pun tak dapat nak dibezakan. 

Tuhan tu MAHA MAHA MAHA segala-galanya. Dia tahu apa yang tersedik dalam hati, walau pun sebesar zarah… 

Dalam Islam ni mana ada agenda berlapis-lapis. Luar lain dalam lain. Islam tu telus. Agenda berlapis-lapis macam tu sebenarnya sunnah Yahudi dan Zionis, bukan sunnah nabi. Itu cara mereka. Bukan cara kita. 

Mereka dengan agama mereka, kita dengan agama kita. Kalau nak bawa agama dalam perjuangan, patutnya kaedah nabilah yang digunapakai. Bukan bawa agama tapi 'admire' kaedah yahudi pulak.Mana boleh macam tu... 

Sekarang tengok apa dah jadi...diri sendiri yang terbelit angkara tali-tali yang direntang sendiri... 

Jadi, cuba-cubalah belajar menundukkan hati kepada qada dan qadar….


Gelombang Bantahan Rakyat


Gelombang Bantahan Rakyat…….Pengerusi DAP, Karpal Singh Terus Dikecam Apabila Hampir 2,000 Ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Selangor Berarak Secara Aman Mengutuk Tindakan Karpal Yang Mencabar Kedaulatan Raja Melayu. Perarakan Yang Bermula Dari Bangunan UMNO Selangor Sejauh 1.5 Kilometer Itu Berakhir Di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Selain Berarak Satu Laporan Polis Juga Dibuat Terhadap Karpal Oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, YB Shukor Idrus. Foto : Utusan

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU BERSAMA KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN PASIR PUTEH

1) Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Pengerusi Biro Veteran UMNO Bahagian Pasir Puteh, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, dan kepimpinan UMNO bahagian pada majlis tersebut. 
2) Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Y.Bhg.  En. Zawawi sedang menyampaikan manat.
3) Sebahagian pimpinan bahagian sedang menikmati juadah yang disediakan.
4) Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Sdr. Faisal bersama hadirin sedang menikmati hidangan

Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia

Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia

oleh: Kazman Kamal 
sumber: Blog Pemuda UMNO Malaysia

Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" secara besar-besaran di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur 19 Februari ini. 

Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan tersebut bukan bertujuan untuk mencipta dan bermusuh dengan mana-mana pihak tetapi untuk menyatukan suara hati generasi muda secara lebih tersusun dan konstruktif bagi menyatakan sumpah taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan Institusi Raja-raja dan Sistem Raja Beperlembagaan. 

Jelas beliau pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai golongan masyarakat, termasuk kelompok profesional, bukan profesional, pertubuhan politik, agama, kebajikan dan seni pertahanan diri diseru untuk menyertai perhimpunan terbabit. 

"Adalah menjadi harapan Pemuda BN bahawa perhimpunan ini akan menjadi satu indikator kepada seluruh masyarakat bahawa kita semua boleh berpolitik dan berbeza pandangan dengan mana-mana pihak termasuk dengan pihak istana sekalipun tetapi ianya tidak boleh melampaui batasan susila. 

"Kesedaran bahawa hukum perundangan adalah hukum yang sah dari segi perlembagaan adalah perlu tetapi jatuh letak sesuatu pihak dalam usaha mengheret institusi raja ke ruang pengadilan hanya kerana dibayangi oleh sentimen politik dan kuasa adalah sesuatu yang dangkal dari segi nilai dan pemikiran. 

"Ia tidak boleh sama sekali dibiarkan menjadi amalan kita kerana dibimbangi berkecenderungan akan menjadi satu budaya", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini. 

Justeru tegas baliu perhimpunan tersebut berpendirian untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan akan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Sultan-sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan. 

"Perhimpunan ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak mutakhir agar rakyat dapat melihat semula secara lebih positif hubungan harmoni antara Istana dan rakyat dengan berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negara berperlembagaan dan rakyat bersultan. 

"Selama ini, Institusi Raja-raja telah berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama", ujarnya. 

Beliau berkata senario politik terbaru di negeri Perak ternyata telah membuka lembaran baru kepada sejarah negara ini. 

Institusi raja yang selama ini dipandang mulia dan tinggi oleh rakyat yang terbanyak tambahnya telah mulai dilihat sebagai sebuah institusi yang negatif oleh kelompok-kelompok rakyat yang tertentu. 

"Tindakan-tindakan yang dilakukan bermula dengan demonstrasi dan akhirnya ke peringkat menyaman terhadap Ke bawah DYM Sultan Perak telah menyebabkan berlaku kekeliruan kepada rakyat tentang institusi raja dan perundangan. 

"Persepsi negatif yang dibina oleh pihak-pihak tertentu ini, ternyata sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan telah mencalar dan memalukan institusi Raja Berperlembagaan di negara ini yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Malaysia ini", ujarnya.

Saturday, February 7, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT DI SURAU SMK KAMIL




Majlis tazkirah dan solat hajat pimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh bersama pelajar-pelajar asrama SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. Turut hadir adalah Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO Bahagia, dan Ketua Puteri UMNO Bahagian serta barisan jawatan kuasa empat peringkat.

Thursday, February 5, 2009

Pakatan tries to cling on as Palace prepares to swear in new MB

WHEN it rains, they say, it pours. It rained in Perak yesterday. And it was a deluge, as drama after drama unfolded all over the state’s capital.

On one hand, Barisan Nasional confidently formed the new government with the Sultan’s blessing, and even named Pangkor assemblyman Datuk Dr Zambry Abd Kadir as its new Mentri Besar.

It has arranged for a swearing-in ceremony at Istana Iskandariah in Kuala Kangsar at 3pm today.

Yet, Pakatan Rakyat has stubbornly refused to admit defeat and will not give up its hold over Perak.

In a ridiculously-packed press conference in the evening, an indignant Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said he was still the legitimate Mentri Besar of Perak.

“We will not resign as ordered by the Sultan. We are still the legitimate government. I will go to work as usual tomorrow,’’ he said.

It was clear from conversations with all Pakatan assemblymen and aides that they would valiantly hold fast to their posts and would not go down without fighting.

Everywhere in the city yesterday night, police sirens blared. Barricades were set up to block people from crowding the streets.

Despite this however, hundreds, if not thousands, took to the streets, showing their unadulterated anger over the unexpected twist of events.

And from the look of things, the flared tempers and high emotions will not simmer down any time soon.

Ironically, when it all started over a week ago, everything was brushed aside and misconstrued indignantly as, in the words of senior exco member Datuk Ngeh Koo Ham, rumour-mongering started by the media.

Two days ago, however, reality slapped the Pakatan government hard in the face.

After Barisan claimed it had the numbers to form the Government on Wednesday, Pakatan almost seemed like it had been beaten at the defection game.

Yesterday, the Pakatan folk put on their bravest fronts and insisted that they were winners.

High-powered meetings with the top brass in Pakatan were held on one side while similar meetings were held amongst Barisan members on the other side.

At the State Secretariat building, more events unfolded.

The police and the Federal Reserve Unit cordoned off the building while State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim asked Nizar, all the state excos and their personal assistants to leave immediately and surrender their keys, both to their offices and their spanking new Toyota Camry cars.

Given the events, it should have spelled the end for the Pakatan but it did not.

Besides declaring that they were still in power, top Pakatan leaders said they would again seek an audience with Sultan Azlan Shah and plead with the latter to dissolve the state assembly.

Will the Sultan give in however, after clearly agreeing to a new Barisan government in Perak? Talk is rife that the answer would be a resounding “No”.

After a week of fierce fighting, Barisan has finally drawn the curtains close over the Pakatan government.

Sumber: TheStar Online

Nazrin: Courts Not for Political Antics


The courts should not be used for political influence or perceived by the people as “a place for theatrical performance with pre-written scripts,” said Raja Muda of Perak Raja Nazrin Shah.

He urged legal practitioners to defend the sanctity of the courts from being deviated by those who were irresponsible.

Speaking at the 14th convocation ceremony for the Certificate of Legal Practice (CLP) examination at the Putra World Trade Centre, Raja Nazrin reminded law graduates to refrain from activities and behaviour that could tarnish the image of the legal profession.

“Practice according to the highest code of ethics to strengthen the democratic system in line with check and balance mechanisms for the three pillars — the legislative, executive and judiciary,” he said.

He said the basic principles contained in the Constitution must be upheld to ensure justice so that people will continue to have faith in the legal system.

“A fair legal system is the pre-condition to ensure peace in the country.

“It is an effective instrument to distance a citizen from seeking other alternatives and lead to a state of anarchy.

“Rule of law implemented in a transparent manner is an important component to boost the confidence of outsiders, especially foreign investors,’’ he said.

Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, chairman of the Legal Profession Qualifying Board, said 286 candidates out of 628 passed the examination (45.54% passing rate) last year compared to 36.5% (2007), 26.24% (2006), 35.67% (2005) and 32.86% (2004).

Abdul Gani, who expressed regret that allegations were still made against the board that the quota system existed in the CLP exam, said:

“The passing rate improved last year compared with the previous years. The rate is never based on quota, whether race or percentage. The board will not pass any candidates who are not qualified.”


Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Bagan Datoh MP Datuk Seri Zahid Hamidi having a conversation at the Perak Umno building in Ipoh as Barisan prepares to take over the government.

Zambry Angkat Sumpah Petang Ini


SUBANG 5 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir malam ini diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada pukul 3.30 petang esok.

Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada pukul 10 pagi, 10 Februari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya daripada menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.

Abdullah tiba di pangkalan itu kira-kira pukul 7.45 malam ini.

Berikut ialah kenyataan bertulis ringkas yang dibacakan oleh Abdullah:

"Saya ingin membuat pengumuman bahawa Seri Paduka Sultan Perak telah memberi perkenan kepada Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah pada pukul 3.30 petang, 6 Februari (esok).

"Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) akan mengangkat sumpah pada hari Selasa bersamaan 10 Februari di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar."


Sumber: Utusan Online

Zambry MB Perak


Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, 47, diumumkan Menteri Besar Perak ke-11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau akan mengangkat sumpah esok (Jumaat) manakala barisan Exco pada Selasa.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Jawatan Menteri Besar dan Ahli-ahli Exco dianggap kosong sekiranya enggan meletak jawatan.
Sumber: Utusan Malaysia

Kedah Waspada, Adun PKR Diawasi Rapi

Di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, Pakatan Rakyat di Kedah pula kini menjadi sasaran seterusnya BN susulan terdapat beberapa wakil rakyat gabungan tersebut didakwa "berisiko tinggi" untuk melompat parti.

Malaysiakini difahamkan bahawa wakil-wakil rakyat terbabit kini diletakkan dalam pengawasan ketat kepemimpinan Kedah dan Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan berwaspada, pergerakan mereka kini difahamkan dipantau rapi kerana wujud dakwaan mereka sedang dijadikan sasaran terbaru untuk ditarik melompat menyertai BN.

Usaha sejak tahun lepas dipergiatkan kembali minggu lalu, serentak dengan usaha memujuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan DAP di Perak. 

Difahamkan, usaha ini turut melibatkan sebuah jabatan kerajaan.

Projek BN ini berkaitan usaha menumbangkan satu demi satu kerajaan negeri pimpinan gabungan pembangkang itu, bermula di Perak yang kini hanya menunggu saat rasmi kejatuhannya.

Pakatan Rakyat memerintah Kedah dengan kelebihan lapan kerusi - 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, manakala BN pula 14 kerusi.

Kerusi milik Pakatan itu terdiri daripada 16 kerusi PAS, lima kerusi PKR dan satu kerusi DAP.

Susulan usaha menarik wakil-wakil rakyat PKR di Kedah semakin rancak, exco kerajaan Kedah V Arumugam membuat laporan polis awal minggu ini dengan dakwaan beliau, keluarganya dan pegawainya diugut. 

Adun PKR Bukit Selambau itu juga mendakwa ada pihak menawarkan sejumlah wang tetapi enggan mendedahkan jumlahnya dan pihak terbabit. 

Menang atas tiket bebas pada pilihanraya umum lalu, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Malam tadi, sebuah stesen televisyen mendedahkan kisah peribadi beliau - dipercayai satu strategi menekan beliau selepas membuat aduan polis tersebut.

Tiga Adun PKR yang didakwa menjadi sasaran BN: Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Rahzi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim).

Seorang lagi Adun Sidam, Tan Chow Kang dikatakan "tidak goncang" walaupun selepas usaha memujuknya melompat kepada BN.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lim menafikan beberapa Adun PKR dikuarantin di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Azizan Razak untuk mengelak mereka berpindah parti.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan usaha melobi mereka agar menyertai BN. 

Susulan perkembangan itu khususnya kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, sidang mesyuarat tergempar semua Adun dan ahli parlimen Kedah dijadualkan jam 4 petang ini.

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (foto kiri) berkata mesyuarat tadi bertujuan memberikan taklimat terkini perkembangan krisis rampasan kuasa BN di Perak kepada semua wakil rakyat Pakatan di Kedah.

Tambahnya, usaha BN memindahkan sokongan Adun-Adun Pakatan di Kedah kepada BN tidak berjaya.

Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Adun PAS Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki turut menafikan wujud usaha mengkuarantin wakil-wakil rakyat PKR. 

Dihubungi berasingan hari ini, kedua-duanya menjelaskan semua exco kerajaan PKR berada di majlis perasmian daerah baru Pokok Sena di pejabat daerah jam 10 pagi tadi.

Johari (foto kanan) menambah, memang wujud usaha yang konsisten dan tidak pernah berhenti untuk memancing keluar wakil-wakil rakyat PKR di negeri itu seperti pendedahan Arumugam. 

Usaha itu dalam tiga bentuk - ugutan, tawaran jawatan dan sogokan material, katanya lagi. 

Memandangkan keadaan itu, kata Johari, semua Adun PKR sentiasa berhubung dengan pemimpin-pemimpin parti dan menafikan mereka ingin meninggalkan parti itu.

Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Saiful Izham Ramli mengesahkan PKR sentiasa memantau wakil-wakil rakyat mereka.

Selain di Kedah, Malaysiakini difahamkan beberapa lagi Adun PKR di Selangor sedang dipantau rapi susulan kebimbangan akan berlaku lompat parti.


Kenyataan Penuh Paduka Seri Sultan Perak


Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor. 
   
KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. 

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan. 

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM
Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

DUN Tidak Dibubarkan, Paduka Seri Sultan Minta MB Undur



Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Sultan Perak hari ini.

Kenyataan tersebut berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 ahli dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota bebas, baginda yakin bahawa Mohamad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap Sultan Azlan Shah untuk mendapat perkenan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.

Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak. 

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi dan kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Kesemua 28 ahli dewan daripada BN juga dibawa untuk menghadap Sultan Azlan Shah.

Selepas itu, Nizar Jamaluddin dititahkan untuk menghadap baginda di Istana Kinta dan beredar kira-kira 15 minit kemudian pada jam 1.05 tengah hari.

Nizar enggan meletak jawatan bersama barisan exconya dan dijangka mengadakan sidang media mengenai perkara itu. 

Sementara itu, Bernama melaporkan, kenyataan empat muka surat yang ditandatangani oleh Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada Sultan Azlan Shah, dikeluarkan pada jam 2.15 petang.
   
Ia menjelaskan bahawa Mohammad Nizar telah menghadap Sultan semalam dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional Perak, juga telah memohon menghadap baginda dan telah diberi perkenan berbuat demikian pada hari ini.
   
Di majlis menghadap itu pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri telah memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokong-penyokongnya kini terdiri daripada 31 orang Adun dan telah menguasai majoriti ahli Dewan Negeri.
   
Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, Sultan Azlan shah menitahkan kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut menghadap baginda. 

Kenyataan penuh:

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan
 Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan."

Shabery: Nizar Derhaka Kepada Paduka Seri Sultan

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah menderhaka kepada Sultan apabila enggan untuk meletak
jawatan seperti yang dititahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Katanya orang Melayu mesti tahu dan sedar bahawa mereka mempunyai Raja dan negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan bukan sahaja di peringkat persekutuan tetapi juga di peringkat negeri, lapor Bernama.

"Kedaulatan sesebuah negeri itu terletak kepada raja-raja. Oleh itu, adalah wajar, wajib dan semestinya bagi kita patuh dan menjunjung tinggi titah perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja kita.

"Jadi sewajarnya kita tidak mengingkarinya, jika tidak, kita akan ditafsirkan sebagai melanggar atau ingkar sekaligus menderhaka kepada Raja,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pra-Tonton rancangan 'Europe Through The Eyes of Malaysian' di ibunegara hari ini.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar Ujang pula berkata negara ini mempunyai undang-undang berkaitan dengan kedaulatan dan pembubaran kerajaan negeri dan ini adalah proses yang digunakan selama ini.

Katanya, jika beliau (Nizar) menolak undang-undang serta kedaulatan terbabit, ini jelas menunjukkan beliau tidak hormat kepada pentadbiran negeri itu.

"Sesebuah DUN, jika hendak dibubarkan, mesti mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu. Jika beliau (Nizar) tidak berbuat demikian, ini sekaligus menunjukkan beliau tidak faham undang-undang dan tidak layak untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri," katanya kepada Bernama.

Undang-undang tubuh negeri

Abu Zahar berkata apa jua perkara termasuk pembubaran DUN harus mendapat perkenan Tuanku Sultan terlebih dahulu seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Beliau berkata kerajaan pimpinan Nizar harus akur bahawa jika Barisan Nasional (BN) kembali menerajui Perak, ia adalah wajar kerana telah terbukti kerajaan Pakatan Rakyat gagal memimpin negeri itu disebabkan pemimpin yang gila kuasa.

Sementara itu, Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia Osman Abu Bakar berkata Nizar seharusnya ingat beliau dilantik sebagai menteri besar atas perkenan Tuanku Sultan dan jika Sultan menitahkan beliau meletakkan jawatan, maka beliau harus akur.

"Sebagai seorang Menteri Besar, beliau harus bersikap positif demi kepentingan orang Melayu dan menjaga maruah orang Melayu di Perak.

"Pergolakan politik yang sedang berlaku di Perak juga adalah ujian kepada sistem demokrasi berperlembagaan negara," katanya.

Osman berkata, Barisan Bertindak turut meminta orang Melayu di Perak agar optimis terhadap perubahan yang berlaku di negeri itu dan terus menunjukkan kesetiaan kepada Tuanku Sultan. 

Mohammad Nizar dalam kenyataan beliau semalam telah mengumumkan langkah drastik dan luar biasa dengan membubarkan DUN serta-merta sebelum mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun, hari ini Sultan Azlan Shah memutuskan untuk tidak memperkenan pembubaran DUN dan menitahkan supaya Mohammad Nizar dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta. 





Nizar perjelas sebab tidak letak jawatan MB


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum 

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku, 

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan 

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan


Speaker Ke Mahkamah, Mohon Kerusi 3 Adun Diisytihar Kosong

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi ini, untuk mengisytiharkan tiga kerusi anggotanya - yang dianggap meletakkan jawatan - telah kosong.

V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan ketiga-tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan DAP itu.

Jamaluddin Mohd Radzi (wakil rakyat Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) didakwa menyerahkan surat peletakan jawatan mereka hujung minggu lalu.

Mereka berdua bagaimanapun menafikannya dan mendorong Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak surat peletakan jawatan tersebut.

Suruhanjaya itu juga berpendapat kerusi kedua-duanya tidak kosong dan pilihanraya kecil tidak boleh diadakan.

Adun Jelapang dan juga bekas timbalan speaker DUN Hee Yit Foong didakwa menyerahkan suratnya semalam, tidak lama selepas mengisytiharkan keluar DAP.

Dalam satu kenyataan bersamanya dengan exco kanan negeri Datuk Ngeh Koo Ham, Sivakumar berkata permohonannya untuk memaksa SPR mengiktiraf tiga kerusi itu telah kosong dan memanggil satu pilihanraya kecil.

"Kerajaan negeri juga telah mengiktiraf bahawa mereka (bertiga) bukan lagi wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing," kata Sivakumar dan Ngeh.

"BN tidak boleh mendakwa ia mempunyai majoriti di DUN kerana Pakatan Rakyat masih mempunyai 28 Adun seperti juga BN yang memiliki 28 Adun.

"Kedudukan tiga lagi wakil rakyat itu kini harus diputuskan di mahkamah."

Mereka berkata lagi, dalam keadaan politik tidak menentu saat ini, Speaker dan kerajaan Perak menyokong cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan DUN.

Sivakumar dan Ngeh berharap Sultan Perak memperkenan cadangan tersebut.

Wednesday, February 4, 2009

BARISAN NASIONAL BAKAL BENTUK KERAJAAN BARU PERAK



Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam.

"Hari ini juga Adun Bota, Datuk Nasarudin berjumpa dan memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah kembali bersama Umno," katanya, membacakan satu kenyataan, dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.

Keempat-empat mereka turut hadir di sidang akhbar tersebut.

Najib menambah, Jamaluddin, Osman dan Hee telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak bahawa mereka telah meninggalkan parti masing-masing.

Menurutnya, keempat-empat mereka telah memberikan mandat dan akujanji untuk mencalonkan wakil rakyat BN sebagai nama menteri besar baru menggantikan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin. 

Katanya, keempat-empat mereka telah memaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar, PKR dan DAP bahawa mereka bukan lagi ahli parti-parti tersebut.

Najib berkata, berdasarkan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, menteri besar - apabila hilang keyakinan dan majoriti - dan barisan exconya harus meletakkan jawatan.

Katanya, beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi memaklumkan penubuhan kerajaan baru BN.

Difahamkan beliau akan ke istana Sultan Azlan Shah esok.

Ditanya tarikh beliau akan ke istana, Najib berkata, ia bergantung kepada perkenan baginda.

Najib juga menafikan wujud paksaan atau penggunaan wang untuk membeli wakil-wakil rakyat itu dalam proses pembentukan kerajaan baru.

Ditanya pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Jamaluddin dan Osman, timbalan perdana menteri enggan mengulas dengan berkata "ia adalah isu yang berbeza".

Ditanya sekiranya Sultan bersetuju membubarkan DUN Perak seperti yang diminta oleh Pakatan Rakyat, Najib berkata, kuasa mutlak di tangan baginda.

"Apa-apa perkara, itu akan diputuskan oleh Sultan," katanya.

Ditanya bagaimana BN hendak membentuk kerajaan memandangkan tiga daripada Adun yang menyokong parti sebagai wakil-wakil rakyat bebas, Najib berkata, mereka adalah "Adun bebas yang menyokong BN".

Katanya lagi, apabila undian dijalankan di DUN nanti, BN yang mempunyai 28 kerusi akan mendapat sokongan tiga Adun bebas terbabit.

Pakatan Rakyat kini mempunyai 28 kerusi.

Bagaimanapun, Speaker DUN tidak boleh mengundi, jadi Pakatan hanya mempunyai 27 kerusi.

Mengulas isu moral melompat parti, Najib berkata: "Kita tidak mulakan, siapa yang bercakap pada 16 September".

Ditanya tentang negeri lain yang mungkin diambil alih BN, Najib enggan mengulas dan berkata "itu cerita lain".

Ditanya bilakah beliau mula berbincang dengan Adun-adun berkenaan untuk meninggalkan PKR dan DAP, Najib berkata, beliau tidak perlu memberitahu "sama ada pagi, petang atau malam".

Sebab Adun Bota kembali ke Umno


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasarudin Halim memberi tiga sebab mengapa beliau kembali semula ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional.

Beliau menjelaskan demikian dalam satu kenyataan ringkas yang diedarkan kepada pihak media selepas sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin Hashim mengumumkan keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

Nasaruddin (foto) membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Berikut adalah kenyataan penuh Nasarudin

Dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai rakyat negeri Perak, yang ingin melihat wujudnya sebuah kerajaan yang stabil di negeri yang saya kasihi ini dan setelah mengambil pertimbangan perkara-perkara berikut, iaitu:

Keadaan politik yang tidak menentu hingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di negeri Perak; 

Mengambil kira dan menghormati rakyat, pengundi-pengundi di kawasan pilihanraya N39 Bota serta menghormati prinsip-prinsip dan amalan demokrasi; dan

Mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujud keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di negeri Perak:

Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai Umno dan Barisan Nasional mulai daripada hari ini.

MB gagal bubar DUN Perak


Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak belum dibubarkan selepas menteri besar menghadap Sultan petang ini walaupun kerajaan Pakatan Rakyat itu ingin memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghabiskan masa hampir dua jam di istana menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan itu selepas empat wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Selain tiga bekas Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) PKR dan DAP keluar parti masing-masing, wakil rakyat Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - menyertai PKR selama 10 hari - kembali menyokong parti asalnya.

Mohamad Nizar kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak selepas mengumumkan kerajaan pimpinannya ingin membubarkan DUN dan berharap baginda memperkenan keputusan tersebut.

Desas-desus tentang pembubaran DUN itu sejak menjelang tengah hari berakhir dengan kenyataan menteri besar bahawa "terserah kepada tuanku" sewaktu keluar istana jam 5.35 petang.

Difahamkan baginda tidak memberi perkenan kepada Pakatan Rakyat membubarkan DUN.

Mohamad Nizar dijadual mengadakan sidang akhbarnya jam 10 malam ini di kediaman rasminya berhubung perkembangan terbaru kerajaan pimpinannya itu.

Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini sejak bermula desas-desus ini, enggan memberi sebarang ulasan buat masa sekarang.

Adun Jelapang dan juga Timbalan Speaker DUN Hee Yit Foong meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

Jamaluddin Mohd Radzi (wakil rakyat Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - memulakan pergolakan politik di negeri itu yang kelihatan berakhir dengan pembentukan kerajaan baru BN.

Dengan tindakan empat Adun itu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 28 daripada 59 kerusi DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan menyatakan sokongan kepada BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis
tiga kerusi.