Monday, June 8, 2009

Pakatan hadapi 'krisis keyakinan'

Sejak dibentuk Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat kini menghadapi "krisis keyakinan" susulan tindakan PAS menggerakkan kerajaan perpaduan dan menggesa sebuah NGO wanita diharamkan. 

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun tema muktamar PAS hujung minggu lalu boleh membawa maksud mengukuhkannya sebagai parti nasional yang mewakili kepentingan dan hak semua warga, tetapi kerajaan perpaduan dan gesaan menyiasat Sisters in Islam (SIS) membawa "kesan sebaliknya". 

DAP dan PKR menafikan dakwaan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat pernah membincangkan dan bersetuju dengan saranan berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN.

 
Dua parti itu juga menggesa PAS menilai semula usul yang diluluskan tanpa bahasa yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan SIS jika terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin PAS menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan dan parti itu sendiri agar tidak mengeluarkan kenyataan lagi tentang isu tersebut yang boleh mengelirukan lagi penyokong pembangkang.

Pengarah Pilihanraya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali berkata perbincangan isu kerajaan perpaduan "tidak relevan" kerana tugas pembangkang untuk melawan Umno dalam pilihanraya umum dan kecil, termasuk di DUN Manek Urai.

No comments:

Post a Comment