Wednesday, June 24, 2009

Terbukti Pas Hanya Parti Penumpang Dalam Pakatan Pembangkang

Keputusan pakatan pembangkang menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan membuktikan hakikat sebanar Pas hanya sekadar parti penumpang dalam pakatan berkenaan, demikian menurut Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Afandi Yusof.

Ini kerana jelasnya Pas terpaksa memohon restu dan kebenaran terlebih dahulu dari rakan pakatan mereka, DAP dan PKR walaupun idea kerajaan perpaduan itu dicetuskan Presiden mereka sendiri, Datuk Seri Hadi Awang.
 
"Keputusan penolakan ini membuktikan Pas tiada kuasa dalam pakatan pembangkang kerana terpaksa akur dengan kehendak DAP dan PKR.
 
"Kita sebenarnya hairan kenapakah Pas yang mempunyai ahli yang ramai serta jentera di akar umbi yang mantap berbanding DAP dan PKR hanya menjadi parti tempelan dalam pakatan pembangkang sedangkan Pas adalah parti pembangkang yang dominan", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Pakatan pembangkang yang bermesyuarat semalam memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan. 

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun isu itu pernah ditimbulkan dalam muktamar Pas tahun lalu dan disebut kembali dalam muktamar tahun ini, pakatan pembangkang mendakwa idea penubuhan.

Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya berkata Pas hari ini sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam yang dihormati, tetapi hanya mahu berpolitik lebih daripada perjuangan asalnya.

"Apa yang lebih aneh, mereka menyalahkan kita pula kerana cuba mengeksploitasi isu ini. 

"Setahu saya, cadangan ini datang daripada Pas. Kenapakah mereka menuduh kita dengan pelbagai fitnah yang tidak masuk akal", soalnya.

No comments:

Post a Comment