Sunday, February 1, 2009

Dimanakah Letaknya Perjuangan Sebenar?

Semua sedar tentang kegawatan politik Melayu yang sedang melanda. Namun sedarkah kita siapa Adun Bota sebelum ini?

Adun Bota ini adalah sebenarnya bekas pengerusi FELCRA dan mungkin marah kerana tak dapat sambung. Apa pun inilah penyakit pemimpin kita. Perjuangan yang tidak tulin. Berjuang kerana kepentingan diri. Berjuang sekiranya diberi jawatan dan kedudukan serta hendakkan harta.

Penyakit inilah menjadi virus cancer kepada UMNO. Kumpulan ini amat ramai dan bagi saya UMNO takkan dapat memenangi hati pengundi muda. Sekiranya penyakit ini tak disembuhkan, tak usahlah buat perubahan ... buang masa sahaja. Yang perlu diubah adalah pemimpin di setiap peringkat. Cuba tanya satu soalan, siapa diantara mereka yang berani berkorban? Contohnya antara calon 3 orang Timbalan Presiden, siapa yang berani menarik diri untuk pastikan salah seorang  jadi Timbalan Presiden demi perpaduan? Tentunya tiada yang berani!!!

Inilah pengorbanan yang UMNO perlukan daripada pemimpin dan ahli2. Sebab cerita politik wang, pengundi lari tinggalkan UMNO. Ada kajian dibuat ... hanya orang yang berduit yang boleh memimpin UMNO!!! Bagaimana pula dengan pemimpin yang berbakat dan berkualiti tetapi tidak berduit? Jadi yang merosakkan UMNO adalah pemimpin yang kaya. Bagi saya, inilah sebenarnya yang menjauhkan golongan muda daripada UMNO.

Maaf jika tulisan ini menyinggung perasaan beberapa pihak, tetapi yang tersinggung sepatutnya sedar, merekalah puncanya!!!

Daripada: Keris Pusaka Bangsa

1 comment:

  1. Saya amat tertarik untuk Mengulas tentang perjuangan Sebenar... Di dalam ulasan Keris Pusaka Bangsa, beliau lebih menampakkan kekecewaan terhadap perjuangan di kalangan orang-orang UMNO.. ulasan itu ada asasnya... dengan mengambil kira isu semasa di Perak yang telah termaktub dalam lipatan sejarah.. landskap perjuangan sebenar sudah berubah ekoran isu semasa di Perak. perjuangan sebenar yang kita sama-sama perlu fikirkan ialah perjuangan orang Melayu di luar parti UMNO sperti orang Melayu PAS dan Melayu dalam PKR.. Seminggu yang lalu kita dipaparkan dengan aksi-aksi perjuangan yang memalukan di lakukan oleh orang Melayu. Perjuangan yang amat mengaibkan. Bantahan terhadap perlantikan menteri besar Perak yang baru khususnya ditujukan kepada Raja Melayu itu sendiri adalah bukan perjuangan sebenar orang-orang melayu.. timbul persoalan.. apa sudah jadi dengan orang Melayu? raut wajah dan gerak geri orang Melayu bukan lagi sebagai sebuah filem lakonan yang ada pengarah.. tetapi filem-filem yang dipertontonkan pada umum adalah filem realiti terhadap sikap sebenar orang-orang Melayu. terdengar jugak bisik-bisik kedai kopi mengatakan bahawa Orang Cina dan India lebih menghormati Raja Melayu berbanding orang Melayu sendiri kerana raut wajah mereka tidak kelihatan dalam bantahan tersebut mungkin bilangan mereka yang amat sedikit atau tiada langsung sehinggakan lanser kamera tidak mampu untuk mengesan kedudukan mereka..Saya tidak setuju dengan pendapat seorang Pemimpin Pas yang menganggap UMNO seperti pokok yang hampir mati..yang sebenarnya pokok yang hampir mati itu adalah orang Melayu itu sendiri.. ini kerana perjuangan orang Melayu bukan lagi menonjolkan perjuangan sebenar.. mereka telah salah berjuang.. perlu di ingat dalam mana-mana negara yang berbilang kaum.. kaum yang berpecah belah akan menjadi lemah, sebaliknya yang bersatu hati akan menjadi kuat...yang berpecah belah senang dipergunakan.. jangan kita jadikan perjuangan salah memakan diri sendiri.. pokok yang merimbun kalau diracun batang nya lambat laun daunnya akan kekeringan dan berguguran ke bumi akhirnya batang pokok itu sendiri yang menyembah bumi... marilah sama-sama kita fikirkan.

    ReplyDelete